Friday, March 29, 2013

Sabun Hand Made

Hajat nak wat sabun ni dah lama. Baru hari ini berkesempatan melihat cara-cara membuatnya. Thanks to Hajar sebab mengajar kami.

Mari lihat sabun yang di buat hari ini... tanam sabun dalam sabun ada empat warna....




merah
oren



purple
biru




















mana  yang lawa? sebenarnya kita leh wat macam-macam bentuk, warna dan pewangi...setakat hari ini ini lah yang asas cikgu ajarkan. Sabun-sabun ni bese orang wat door gift, etc. Paling special bentuk ini...
Purple roses.
Bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai sabun ini leh lah sms/whatsapp saya 0176720076 atau ke azzahrasoap.blogspot.com

KidZania

 Semalam 5 jam di KidZania.
Macam-macam ada. Konon tak mau masuk, bila kat check in point Amat tak lepas, UMUR BAWAH 8 (LAPAN) TAHUN KENA ADA sorang parent.
Hampeh....kensel dating ngan abah. 
Ini 1st job Amat buat.
Ada gaya tak macam CSI officer atau seorang model?
 Tengah mencari barang bukti....













4th job.
Pembuat burger di MarryBrown.
Dah sudah tu beria-ia tanya suma bahan ada kat umah tak. Dia dah pandai buat. So in  future dia nak wat sendiri. 


 Ini sementara menunggu giliran nak buat burger.

Tiba-tiba Amat dikelilingi oleh aweks... hu hu hu, aku selalu berfikir apa yang dia buat sebab aweks selalu usha dia. Hmmmmm...
Hensem tak lah sangat, manis kot....
(Cun tak awek baju belang tu, bapa dia hensem tau)  


Ini 3rd job Amat. Posmen.

2nd job - Amat jadi mekanik.

5th job - Tukang repair aircond.

6th job - steward.   







  Secara keseluruhan, budak-budak memang akan berseronok disini, dan dinasihatkan untuk keseronokkan maksimum JGN DATANG pada hari sabtu, cuti sekolah tau cuti umum. Ramai siot. 1200 pax satu sessi. Dia orang akan buka 2 sessi ie 10am-3pm, 4pm-9pm. Dengan orang ramai dan masa hanya 5 jam, setiap satu permainan memakan masa dalam 15-20 minit, kita tak dapat mencuba semua benda didalam ni. Dah bayar mahal-mahal tak kan nak main 2-3 game jer kan.... Amat ni pun dapat main 6 game jer...hu hu hu masa dah cukup.

Lagi satu no outside food allowed dan makanan didalam sini agak mahal. Dinasihatkan bawalah air kosong.

Thursday, March 21, 2013

BABY SITTER

Ini citer hari senin....

Mak call sabtu minta datang umah hari isnin, suh tolong jagakan baby yaya dan abang ngah sebab dia nak keluar g bank....hmmmm ok..

Dah lama tak ada anak kecik, rasa janggal lak nak jaga bebudak ni, tak kondifen jer aku dibuatnya....tapi takkan nak cakap kat mak tak nak.....(x pepasai di cop anak derhaka kang) kalu kat rokok tu elok cakap tak nak..he he he

Sampai umah mak di sambut oleh along, angah dan dalam buai si yaya.

o o o o mai... kena jaga tiga orang????????????

11.30am pakngah datang cakap hari ini kensel sebab orang ramai. G hari khamis nanti jer.. wokey...sayang pa pak..

Ini lak citer hari ini.

Confirm kena jaga 2 orang, angah dan si yaya.
Angah tak banyak ragam, tapi demand nak main game henpon yang best-best. budget betoi la budak ni. Apsal la umi  tak tinggalkan ipad budak ni.

Yaya pulak sedap lena tidur dalam buai, bila dia bergerak jer aku ayun, jd sampai mak balik dia sedap tido....

Overall tak ada lah teruk sangat, tapi KALU along yang ada tadi mau pengsan aku...budak tu dah la banyak cakap pastu tak reti nak mengalah lak tu..cengeng yang aku tak tahan, silap sikit nak nangis..hu hu leh sawan kalu tinggal ngan budak ni.

Ehem....Kira aku boleh harap lagi lah nak jaga budak2..tanpa ada sebarang kerosakkan pada mereka ha ha ha.

p/s : sakit hati sebab dah berkali aku cuba tapi still tak leh download gambar. nanti lah bila dah ok, aku downloadkan gambar budak2 ni.    
 

Tuesday, March 19, 2013

Accident depan masjid


Inna lillah.......kemalangan kecil dihadapan masjid bandar baru sentul...

(kecil atau tidak, tetap membuat diriku mengeletar seluruh anggota)

Ironi kes, aku dah bagi signal ke kanan nak masuk ke masjid, mungkin dia tak perasan dan apa lagi...gedegang.....  


Di pandu oleh Indonesian man.
Kesian gak, banyak nak kena repair tu..
Kes settle kat situ jer....setelah berbincang
(Isi perbincangan tak boleh dedah...he he he)




Ini lak keta aku.
Calar sikit dan bumper belakang kena ketuk...Alhamdulillah, tak lah
seteruk keta diatas.
                                                   
                                                                            



Pengajarannya, sesuatu....apa dan bila  kita buat haruslah sentiasa berwaspada dan jangan lupa setiap perbuatan mulakan dengan doa atau sekadar bismillah.                                                                           

Thursday, March 14, 2013

RUMPAI LAUT - SUMBER KOLAGEN



Rumpai Laut sebagai supplement untuk kesihatan.

Mari kita lihat rupa rumpai laut yang femos ni :

Ini lah rupanya rumpai laut kering.


Ini pulak yang telah dimasak dan di bubuh perisa... nampak macam agar-agarkan?





Penghasilan kolagen berkurangan pada kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25 tahun dan makin berkurang. Selepas 40-45 tahun, badan akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.
 Jadi, makin tua , kolagen semakin berkurang dan mulalah proses penuaan yang akan kelihatan pada kulit, sistem badan, pergerakan sendi dll.
Kandungan kolagen dalam rumpai laut adalah lebih tinggi dari kolagen yang ada didalam pasaran kerana telah melalui pelbagai proses penghasilan.
Kerana itu adalah berbaloi kita mengambil /makan kolagen rumpai laut ini, disamping harga yang murah dan paling penting ianya 100% ASLI. 

Berminat ? hubungi saya di no : 017-6720076

Monday, March 11, 2013

KOLAGEN?

                                          Apa itu KOLAGEN?

Sekarang ini ramai orang sibuk citer pasal kolagen ini, aku pun memula tu blur gak apa bendalah yang orang dok sesibuk ni, nampak sangat lah tak prihatin ehwal semasa......

Akhirnya, satu hari ada kawan  perkenalkan kat aku RUMPAI LAUT@KOLAGEN....eeeewwwww tak tau nak kata apa pada pandangan pertama.... pelik....apa nak wat ngan benda ni?????? Macam mana nak makan??? Apa rasa ??? sedap x????


ini telah direbus dan dibubuh perisa

oooooooook, memula benda alah ni kena rebus macam rebus agar2 setelah direndam semalaman dan dimakan macam ubat...ooooooooo, rasa macam tekak tak leh terima.......sebab first impression nampak benda ni macam...... macam mana nak telan ni?...........rupa-rupanya bila sejuk ianya mengeras, sebijiklah macam agar2.

TAPI  dari pembacaan kebaikan kolagen ini, rasanya sesuai untuk mak... ha ha ha ha aku kan anak soleh, sentiasa utamakan kesihatan mak (masuk lif jap).

Jadi singkatkan..... aku pun promote kat mak, siap tolong masakkan lagi dan suh dia makan. Resultnya selepas seminggu dia makan......
                  Betis mak yang selalu rasa sakit, rasa kejang semacam, dan bertambah sakit, tapi tetap teruskan makan dan sekarang dah sebulan makan, mak rasa sangat sihat, betis dah tak rasa sakit, sakit lutut pun dah berkurangan....paling best kulit rasa lembap, dan senang buang air besar ( mak ada masalah sembelit sejak dulu lagi)
 Bila mak dah kata ok, dan bertambah sihat baru aku gagahkan diri nak cuba makan. Jadinya inilah testimoni aku....
testimoni diri  : 3 hari makan, aku demam seminggu, badan rasa berat, buang air besar sungguh lawas, pening kepala, mual (rasa macam mengandung pun ada gak... Oh No...) tapi tetap terus makan kolagen ni disamping banyak minum air kosong, alhamdulillah sekarang dah ok, kulit rasa lembap dan nampak lebih cerah dari biasa? , tapak kaki yang kering dan pecah, dah lembut dan licin sekarang dan paling best badan rasa ringan. Jadi tak perlulah aku makan bermacam-macam ubat/jamu nak sihatkan badan. Sekarang setia dengan yang ini jer... rega pun murah......

 Sesiapa Yang berminat nak mendapatkan RUMPAI LAUT ASLI 100% ini boleh pm saya no 017-6720076.