Monday, September 16, 2013

Tapai pulut hitam


Hari ini berjalan dengan mak Hanim ke KL.
Disatu gerai yang menjual cendol, yang biasa beli tu ada di jual benda diatas tu......tapai pulut hitam.

Wah baru ni..bagi aku la. kuno betul. Selain beli cendol macam bese, beli gak la benda tu, nak rasa.

Ni sambil update blog, sambil rasa. Errrr..rasa berbiji-biji la. Manis tu memang lah manis tapi oleh kerana ada rasa berbiji-biji dari pulut hitam tu langsung potong markah... 

Citernya, tapai pulut bese lagi besttttttttttttttt.

Tiada maaf bagimu...









Pepatah orang tua mengatakan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Tapi kalu dah buat jahat berkali-kali hingga dibenci, inilah akibatnya.
 Sampai mati pun orang  tak mau tengok.
 Datang dekat pun tak boleh !
 Walaupun dah jadi abu.


Sesungguhnya luka dihati amat dalam, walau bepuluh tahun telah berlalu, masih memberi bekas....
Banyak kerosakkan yang dilakukannya, banyak nyawa terkorban, isteri memnjadi balu, anak kecil menjadi yatim, negara menjadi kucar kacir...menyebabkan bekas2 tentera berkata. ".TIADA MAAF BAGIMU"


Servis yang celaru

Hari ni jejalan dengan adik dan mak ke sebuah pasaraya di wangsa maju.
Setelah membeli barang keperluan rumah adik ajak makan di sebuah restoren segera. "Kita g yang sebelah sini, kat sana ada playground, budak2 leh main pas makan". Aku ok jer...orang nak belanja ikutkan jerla yer dak.
Masa membuat pesanan,  oder macam biasa jer pun, cuma nak upgrade air suma ke milo....boleh dia kata, "kak, ulang 1x lagi dan sebut satu2 sbb sy nak key in".  Ok...kita pun sebut lah satu2, tu pun  lembap nak fahamkan apa yang kita nak...( x mo ckp byk, husnodzon...budak ni br masuk keja kot?)...
Ok dah bayar, amik hidangan dan terus duduk. Baru perasan, lain dari yang kita oder dan barang pun tak cukup. Pergi minta tukar....tak minta maaf pun sebab salah bg hidangan dan x cukup. ( pihak pengurusan kena wat sesuatu kat sini). Bukannya byk pun, utk hidangan 4orang jer pun. 3 hari lepas aku pergi restoren ni tapi cawangan kat kaw rumah, orang lg ramai dari caw sini, tapi efficient jer dorang kerja, boleh jer senyum dan berbudi bahasa...dan aku oder lagi byk dari yang hari ini....
Mungkin sebab dah biasa cepat walau dimana aku pergi, even ke cawangan orang bisu di sentul, jadi aku anggap semua caw mempunyai keseragaman kecekapan pengurusan.....
Moral : tiada yang sempurna.
Rasanya caw ini ramai orang sbb ada playground dan senang parent membawa keluarga. Dan memang diperhatikan disini ramai budak2.....selain kapel yang dating.


Aku yang menulis ni pun dah naik celaru...............


Photo

Monday, September 09, 2013

Derma darah

Pagi tadi en zaujan amik aku kat sekolah, rupanya nak ajak teman gi pdn.....rutin dia tiap 3 hulan sekali.
Huh, tak mo cakap awai-awai. Hari ini aku pergi sekolah berlenggang jer x bawa apa, bw henpon jer.....Bese antar dia ke pdn, pas tu aku leh la round cokit beli apa yang patut, tapi sbb x bawa ic, dok jer la kat sini tunggu dia.
Sib bik ada wifi free, full bar tu.....

Ubat batuk




 Gambar : ehsan encik google

Batuk batuk batuk....makan ubat batukk....ngantuk...zzzzz

Esok...

Batuk....

Batuk bukan sesuatu yang patut diambil mudah. Kes batuk yang teruk memakan masa bertahun tahun. Sehingga ada yang sakit tulang rusuk kerana impak dari dalam. Paru paru anda sakit. Pergi klinik dapat ubat batuk..batuk lagi tambah dose...ceritera BATUK ini tidak hilang hilang....

Dalam UBAT tiada makanan tetapi
..
Dalam MAKANAN SUNNAH pasti ada UBAT. Sel tubuh anda yang patut bertindak melawan penyakit. Kesan ubat hanya sementara.

Makanan sunnah asli tanpa sebarang pra campuran bahan kimia ada jawapannya. Tepat. Mudah. Barakah. Sunnah.

1) Minum minyak zaitun sesudu atau dua sudu besar.Kerana Minyak Zaitun berupaya mengubati Paru Paru anda. Memberi salutan yang baik baik dan lembut. Membanyakkan sel sel yang baik dan berkualiti.

2) Panaskan minyak zaitun selama 30 saat. Sapukan pada dada belakang badan betis tapak kaki.

3) Sejam atau 2 jam kemudian ambil sesudu kecil Minyak Habbatussauda. Minum.

Atau pilih,

4) Minum madu dicampurkan air suam. Dalam sehari pilih antara no 3 dan no 4.

5) Minum air suam dengan banyak.

6) Mulakan setiap langkah dengan Bismillah dan Selawat.

7) YAKIN.ISTIQOMAH.TAWAKAL.

Ramai yang Batuk. Ramai yang mencubanya. Ramai yang merasai Keberkesanannya.

Berikan diri anda sesuatu yang Berharga.

Ubat merawat kencing manis.





Selama ini kita sering dimomokkan dengan kata-kata  "kencing manis tak ada ubatnya, ia hanya boleh dikawal"...
 
 Baru-baru ini ada terbaca di facebook, status seorang kenalan maya mengenai, ubat kencing manis
"Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan hj dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin..."

Simple jer kan...tak salah kita mencuba dan kemudian serahkan kepada Allah. Sesungguhnya Allah lah yang maha penyembuh.

FAKTA DURIAN!!!


Anda suka makan durian tapi takut nak makan? Ada dusun dusun durian tapi tengok ajer buahnya sebab takut nak makan?...



 Mungkin fakta dibawah ini boleh mengubah persepi anda pasal durian.



1) Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.

2) Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.

3) Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus

4) Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)

5) Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.

6) Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.

7) Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan

Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.

9) Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.

10) Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.

sumber: kevinzahri.com

Nasihat Saidina Ali tentang Ilmu dan Harta














RENUNGKANLAH kata-kata Saidina Ali bin Abu Talib di bawah ini…

~Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.


~Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.


~Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.


~Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.


~Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.


~Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.


~Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.


~Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.


~Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.

Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...


Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.



Sumber : kami kongsi

Kudapan untuk minum petang


Bagi yang tak kenal....Inilah rupanya pisang abu


Pagi semalam pergi ke pasar tani Taman Dato Ahmad Razali.

Niat cuma nak cari ikan sungai, nak buat bakar dan makan bersama mak.

OTW nak balik ternampak pisang abu muda yang sungguh menggoda...Agak mahal jugak la RM3 sekilo, dan pisang ini punya kulit yang tebal, yang aku percaya 60% dari berat keseluruhannya adalah dari kulit dan sisirnya sahaja.

Tapi, oleh kerana ianya sungguh pandai menggoda, beli gak la lam 2 sisir......Adala  lam 3 kilo beratnya.

Sampai rumah terus kerjakan pisang ini, kupas, rendam, slice nipis dan goreng. Itu jer...mudahkan..maka terhasillah satu jenis kudapan yang sedap dimakan sambil tengok CSI....ditambah pulak sekarang ini musim hujan, asyik lapor jer...

Oh ya, petua untuk menambah kerangguppan dan rasa adalah hanya tambah sesudu majerin kedalam minyak gorengan. In syaa Allah sedap, ranggup dan lemak.









Nota untuk diri : Untuk lebih senang slice, pisang yg dah basuh/lopek dibiar dalam pt ais semalamam.

Saturday, September 07, 2013

Tapai pulut daun getah

Pernah rasa tapai pulut? Makan tapai pulut?
Hmmmmm....makan sejuk-sejuk cukup sedap....tapi awas jangan makan banyak2, nanti malam panas badan.

Tadi pergi open house raya (walaupun bulan raya dah habis), dalam banyak2 makanan yang terhidang, aku cukup tergoda dengan tapai ini.

Dah x ramai orang yang pandai membuatnya, terutama golongan muda, termasuk aku la tu (aku muda lagi ker?).

Yang membuatnya sungguh klasik ialah dibalut dengan daun getah. Sekarang dah moden, orang buh lam bekas plastik jer, nak senang. Lagipun mana nak dapat pokok getah di kola lumpur ni?  Kalu kat kampung aku dolu-dolu tapai warna hijau dan dikepal dan dibalut ngan daun keladi.

P/s : makan ngan aiskrim sedap gak, kata orang. Tapi aku tak suka.:-[

Friday, September 06, 2013

Lunch buffet promo

Hari ini perjumpaan yang kami panggil lunch meeting gossip yang pertama selepas cuti ramadhan lalu.

Pada hari ini sambil kami makan ditempat yang terpilih, kami membincang hal2 semasa (keburukkannya ialah, kadang-kadang membawa ke sessi mengumpat.....astagfirullahaladzhim). Tapi hari ini kami memang membincangkan pasal hal sekolah, soalan2 exam, mengenai anak yang akan amik peperiksaan. Hanim dengan Taufik yang akan amik UPSR minggu hadapan, Mazwin dengan Hafiz, PMR bulan hadapan dan aku, angah PMR & along SPM. Semoga Allah memudahkan anak-anak ini menjawab soalan peperiksaan.

Lokasi lunch kami kali ini ialah Restoran Istana Bambu, di Jalan Ulu Kelang. Ini kali kedua kami kesini. Pertama kali dulu sebelum ramadhan, dan pokok padi disekelilingnya sedang berbuah kuning ie musim menuai.  Tapi pada kali ini kami di hidangkan dengan pemandangan yang menghijau dengan anak2 padi yang baru ditanam.

Oh! Sungguh nostalgia. Teringat suasana kampung 30 tahun dahulu.

Overall makanan buffet kat sini, bolehlah. Tapi kalu orang yang cerewet..susah sikit nak terima kot. Selain buffet, ada juga ditawarkan ala carte...ini aku lum pernah cuba, tapi feedback yg lain kata, sedap.

Apa pun satu hari nanti korang datanglah cuba makan sendiri....

Thursday, September 05, 2013

Kaitan antara usaha dan rezeki...

Kita pernah mendengar......

@  "Benarlah rezeki itu daripada tuhan, tetapi kita kena berusaha"

@  "Benarlah kita k3na berusaha, tetapi rezeki itu daripada tuhan"

Bagaimana kita memahami kedua-dua ayat diatas?

Apa bezanya?

Yang mana satu betul?

Ayat diatas bukanlah untuk memilih yang mana betul, yang mana salah. Sebenarnya tindakan dan kata-kata kita yang cenderung mewakili apa yang kita rasa dan kita percaya.

Jadi sesamalah kita fikirkan...

#cebisan kata-kata dari buku 'mudahnya menjemput rezeki' terbitan galeri ilmu.

Mari kita bersauna


Tahukah anda ?

KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP


Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dan lain-lain.
Meningkatkan sistem kardiovascular.
Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
Melancarkan peredaran darah
Meningkatkan sistem immunisasi badan
Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
Meningkatkan tahap metabolisma




Hari ini En. zaujan meminta tolong pasangkan sauna sebab dah lama tak mandi wap katanya...aku pun tumpang sekaki lah selepas tu...herba yang digunakan  dikutip dari sekeliling rumah jer fresh lagi...daun limau purut, serai, senduduk, dan inai.........hantam sajalah labu...


Lihat Mr zaujan , berpeluh-peluh, padahal baru 10 minit didalam tu...


Best wooo mandi wap ni sekali sekala, ianya menyegarkan badan yang keletihan...lena tidur malam tau..
..

Wednesday, September 04, 2013

Pemeriksaan Kesihatan

                                              Hmmmmm dah seminggu sakit dibahagian kanan perut. Sakit lama berulang lagi. Jenuh memikiorkan apa sebabnya....rasanya sebab kes tak ada air hari itu, bila dapat whatsapp dari kawan yang prihatin (tq, Hajar), kelam kabut ambil  semua tong, baldi, dan apa saja yang boleh menakung air.

Itu pun tak angkat berat2. Cebok sikit-sikit masuk kedalam bekas lain, dan natijahnya hinga kini menanggung sakit dan ketidakselesaan di bahagian perut.....alah manja betul....nak buat macam mana...peringatan kepada diri..ini adalah ujian dan allah tak akan memberi ujian yang tak akan mampu kita tanggung.

Oleh kerana sudah seminggu sakit dan tidak menampakkan tanda akan berkurangan, dengan berat hati, hari ini melangkah lah kaki ke KK Ampang, bila sampai saja nampak pagar bertutup dan ramai orang dihadapannya....dah apa citer pulak ni....rupanya ada notis...seperti di atas..

PhotoPhotoPhoto                                                     Sebenarnya sakit ini dah lama, dan tiada keputusan yang tak elok, sebelum ini pun doktor dah sahkan tiada apa2, tapi dah terlanjur sedang sakit dan ada kelapangan pergi lah juga ke KK AU2, Taman Keramat. Siap buat pemeriksaan air kencing dan darah lagi, dan semuanya normal....kesimpulan yang doktor bagi.....macam mana nak cakap yer..dah lupa term medic dia tapi apa yang aku faham, kesakitan itu timbul bila ada pergerakan pada usus. Itu saja dan dia bagi ubat, untuk hentikan pergerakan tersebut sekaligus menghalang kesakitan....

Hmmmmm nantilah bila teruk sakit sampai tak boleh bangun baru aku makan ubat tu kot.....takat ini tahan jer la....

Hah... ini la ubat yang doktor tu bagi..

Tuesday, September 03, 2013

Kesian dia.....







Photo


Assalamualaikum...

Lama x update...bz sangat la konon. Bajet ushawan berjaya jer.

Ok, ini cerita masa ramadhan lalu, .La.........dah nak habis syawal baru nak update. sungguh tak sesuai...
Ada aku kesah.....

Mula-mula,  dapat sms dari Awin kata Hakiem admitted di Prince Court, sebab demam.
HAH..! aku dan Hanim pun bergegas settle suma kerja dan keluar terus ke Prince Court dengan hati yang kurang sedap, rasa macam ada something wrong....

Bila dah sampai ke parking, dan cantik punya parking lot, tepat di depan lif, jadi tak payah nak jalan jauh, baru call Awin, tanya Hakiem di wad mana? and guess what....

"Uols ada kat mana, kami baru keluar rumah nak ke hospital"......WHAT..jadi inilah something wrong masa awal tadi. Moral story ; lain kali telefon dulu dan confirmkan berita sebelum bertindak.
Sepanjang perjalanan balik, aku dan Hanim gelak memikirkan kegelojohan kami tadi menyerbu prince court tanpa bertanya lanjut dengan tuan punya badan.

But...three days after that...Hakiem really admitted, dan kali ini selepas semalamam baru kami pergi tengok dia di hospital. Awin lak cuti seminggu, jenuh nak kena cover kerja dia, tapi nasib baik anak CB ada ganti dan boleh tolong coverkan. Dapatlah Awin tido di spital 4 hari 3 malam rasanya....memang bilik hospital tu nampak mewah sangat, macam bilik hotel..jer rasanya.