Tuesday, April 30, 2013

Playtime - Taman Tasik Ampang

Bismillah

Sekembali dari Muzium Coklat @ Kota Damansara....
Kami ke Taman Tasik Ampang....
Apa lagi... mainlah... hari ni tak payah belajar...tak payah menulis...
Tadi dah tengok koko...
Yeay...sekarang kami nak main....
Layan..........
Hari ini padang ini kita yang punya...ha ha ha          
Suka ...suka.....suka
Cepat Muhsin....awak boleh buat...
Kejarlah.....kejarlah........kejarlah.....
Hah cepat naik... penat dah teacher pegang tiang ni......

Chocholate Museum @ Kota Damansara

Bismillah....

Hari ini Tadika Alqas membuat lawatan ke Muzium Coklat...
Hah, coklat ada muzium?!
Aku pun baru dengar....
Ok ....goggle...goggle...gps...
nampak macam dekat, senang nak pergi....

Jenuh gak la...memahamkan maps dari gps..
Akhirnya sampai juga....
Alhamdulillah...

Oleh sebab kalu anda goggle 'muzium coklat' akan ada byk blog yang bercerita pasal ni dan ditambah dengan aku yang ada virus 'm' ini, marilah kita sesama layan gambar jer yea...:)

Ok murid-murid dah sedia nak pergi?...marilah kita sesama baca doa naik kenderaan...subhanallazi....

Ini lah rupa nya muzium coklat. Dah parking keta kena register kat guard house....

Huuuuuuuuuuuu ramainya murid sekolah tu......dari mana agaknya mereka?

Agaknya apa yang cikgu besar ni fikirkan?

Hei...semua..elok-elok la, cikgu nak amik gambar ni..!

Ini lembu aku yang punya...ko jangan usik....

Ok semua...untuk pengetahuan am..pada .masa dahulu coklat di gunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit....konfiden jer penerangan dari teacher Mazwin ni....Alah I pun baca sepintas lalu kat dinding tu......cheh ingat betul lah dia luas pengetahuan.... :)

Apa abang tu buat teacher?

Wah, besarnya ular coklat ni!. Boleh makan tak teacher?


Diakhir lawatan ada sessi membeli/borong coklat....
Harganya boleh tahan la..kurang sikit dari harga diluar...
Tapi coklat ni direct import dan bukan dibuat 3rd party....
Habih la separuh duit gaji aku dapat tadi memborong coklat kat sini...
(sib baik anak-anak tak ikut....kalu tak kosong dompet aku)

Overall, lawatan ini memang berbaloi la, nak tunjuk kat budak-budak  asal coklat dari mana, dan bagaimana pembuatan/prosess pembuatan coklat dari awal kutip buah bingga ke rumah kita untuk dimakan...

Bagi parent yang tak tahu nak bawa anak-anak kemana masa cuti sekolah ni, bolehlah cuba datang ke sini.
 Alamatnya ialah:
Lot 2, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Hubungi mereka di 03-61569960

Thursday, April 18, 2013

Alqas - Kelas 5 tahun

Bismillah

Mari belajar nombor 12

Ini lah anak-anak didik tahun ini. ...
Hanya sorang pompuan....
Ni lepas break...panas...tu yang tudung terbang tah kemana...

Hari ini kita belajar math no 12....
yang paling best,  bila kita tanya sebelum 12 no berapa murid-murid ?
....ada yang jawap 8, 10, 
yang nganga dok memikir macam besarlah masalah...apa nombor sebelum 12? pun ada..
Hmmm salah cikgu mengajar ?
Apa-apa pun mari kita ulangkaji dulu...
Bilang sama-sama...1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,......11,....12
Hah dapat pun...jadi jawapannya apa murid-murid?..........

Seperti biasa meh kita layan gambar.
(Sekeping gambar biasanya boleh cerita macam-macam.)
Layan......................

Huh nampak serius jer suma, baik jer...gigih memasing menulis no 12....


 
Cikgu...Adam penatlah....

Wah, advance nya anak dara ini, orang lain baru no 12 dia dah no 18!
Cantik tak tulisan saya cikgu..?

Huhuhu kalu diperhati betul-betul ada sorang tu tak usik langung buku dia, wat hal siri jer...

Kelas Hands On - Sate Roti

Bismillah....

SANDWICH GULUNG a.k.a SATE ROTI

Ini projek percubaan kat sekolah....
Kelas Hands On....
Bila Cikgu Beso suh aku wat....penin kepala....nak wat apa?
Konsep macam mana? boleh ker budak-budak tu ?

So untuk kali pertama ini aku pilih, wat makanan.....(senang sikit..- yang penting cepat habis, cepat aku leh balik)
Setelah penat menggoggle mencari resepi.. akhirnya aku rasa resepi inilah yang paling senang.....
Resepi  Sandwich Gulung oleh Seri Mutiara dari myresepi.com. TQ to Seri kerana idea yang best ni....
Mana datang nama Sate Roti lak..?
Tu aku jer yang memandai bagi nama....alah dengan bebudak...bagi nama sandwich gulung...SKEMA nya
dorang pun tak kisah apa nama benda ini....
yang dorang tau....cucuk-cucuk roti tu jadi macam sate....
Meh kita layan gambar apa yang berlaku semasa proses P&P....

Suma...tengok betul-betul macam mana cikgu buat...

 
Ya... betul tu Muhsin....tekan roti tu dan golek-golekkan kayu pengolek tu....







Awat cikgu...masam ja.... budak-budak tak mau share sate ka?


Monday, April 15, 2013

Ceramah Motivasi

 Ceramah motivasi semasa program pemuafakatan pelajar KRK & KAA SMKBI

 Tajuk : Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang
Diberi oleh En Nik Syuharol Apizo bin Sapien
(Pen Pengarah Bah Komunikasi Korporat Ibu Pejabat Mara KL)

Antara isi2 ceramah
  • Fahami peranan masing-masing untuk mencapai IbuBapa cemerlang anak gemilang.
  • Untuk mencapainya perlu harungi pelbagai cabaran dan dugaan
  • Zaman sekarang penuh dengan pancaroba.
  • Ibubapa tak cemerlang anak payah nak gemilang
  • Bukan kategori sekolah penentu kejayaan tetapi kerjasama antara pibg, guru dan terutamanya student itu sendiri.
  • Sentisa muhasabah diri - buang sifat-sifat buruk sebelum mendekati anak2/suami/isteri.
  • Sifat baik disuburkan
  • Sifat buruk dibuang atau diubatkan - peranan mencari ubat terletak kepasa ibubapa dan guru
  • Sentiasa lihat kelemahan/kekurangan diri masing-masing sebab kita manusia sentiasa lupa.
  • Ingat anak2 tak dilahirkan :
  1. terus berjaya/bahagia/pandai/kaya...
  2. Kalah/mengalah/bodoh/miskin/tak berjaya...
  • Ibubapalah yang mencorak mereka.
  • TIP mengecapi nikmat
  1. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah
  2. Sentiasa menjaga hubungan dengan Rasul Allah
  3. Sentiasa menjaga hubungan dengan Ibubapa
  4. Sentiasa menjaga hubungan dengan Kawan-kawan
  5. Sentiasa menjaga disiplin
  6. Sentiasa bermaaf-maafan
  7. Terima teguran dengan hati yang terbuka
Kemudian kami disuruh memikirkan no kesukaan dari no 1 - 10           (no saya 12475)
 ~untuk suka-suka. Ianya tak salah dan tak juga betul~
  1.  Orang yang rajin
  2.  Suka mengumpat (jgn suka tuding jari keorang lain, kerana kita tak tahu lagi nasib anak kita macam mana).
  3. Taat kepada ibubapa
  4. Romantik
  5. suka menipu
  6. suka melepak
  7. penyayang
  8. sombong
  9. suka tidur
  10. orang yang suka kecemerlangan/kebahagian.
(kalau ikut no saya tu.....entah tak tau macam mana nak nilai)

INilah antara isi ceramah tersebut yang sempat saya catat.
Bajet tak hengat..
Dah lama bangat tak amik nota...
Jadi mana yang baik buat amalan, yang tak baik tu watlah sempadan...apa jenis sempadan yang korang nak korang buatlah....tembok konkrit....tembok kayu....wayar pvc.....

Rupa dan Roh Puasa

Bismillah...

N3 kali ini ulangkaji pelajaran yg pernah diberi oleh Arwah Ust Shaari Che in
~AlFATIHAH kepada beliau, semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.~

Dalam diam dan tak sedar Ramadhan akan muncul lagi dalam masa 85 hari..
Adakah kita telah selesai membayar hutang Ramadhan yang lalu?
Adakah kita telah menyiapkan diri untuk menyambut Ramadhan kali ini?
Semoga kita semua masih diberi umur untuk bertemu Ramadhan kali ini....

Bagaimana/apa yang dikatakan rupa dan roh posa tu?
(Petikan dari kitab Nasihat agama dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Haddad)

Ketahuilah, bahawasanya puasa itu mempunyai rupa dan roh.

Rupa puasa
  • Menahan diri dari makan-minum dan dari bersetubuh mulai terbit fajar hingga matahari terbenam dengan syarat disertai NIAT.
  •  Barangsiapa makan dan minum, ataupun bersetubuh pada siang harinya, sedang ia melakukan itu dengan sengaja, mengetahui hukum dan BUKAN terpaksa, maka batallah puasanya.
  • TETAPI jika ia terlupa, atau jahil hukum, ataupun terpaksa tadak batal puasanya.
Roh puasa
  •  Menahan diri dari segala macam dosa dan larangan Allah Ta'ala,
  • Sentiasa mengerjakan segala yang fardhu dan wajib.
Orang yang berpuasa dari makan-minum dan bersetubuh, tetapi tidak dapat menahan diri dari dosa dan larangan Allah Ta'ala, ialah orang yang puasanya tidak menghasilkan sesuatu faedah selain dari susah payah semata-mata.
Oleh itu, jika berpuasa, hendaklah kita perbaiki puasa kita, demikian juga dengan segala amalan-amalan kita, hendaklah kita tekun dalam meperbaikinya, menyempurnakannya dan menujukannya kepada Allah Ta'ala semata.
Segalanya haruslah kepada Allah Ta'ala, dengan penuh tulus ikhlas.
Semua perkara kita adalah berserah kepada Allah, maka sembahlah DIA dengan sempurna dan bertawakkal kepadanya, dan tiada Tuhanmu itu LALAI terhadap apa yang kamu lakukan, tiada tuhan melainkan Dia, dan kepadaNyalah kembali segala perkara.

Tazkirah dan peringatan untuk diri sendiri.
Segala yang baik dari Allah, salah dan silap adalah kelemahan dari saya.

NANAS oh NANAS

Bismillah...

Ada orang kata nanas, ada orang kata nenas, apapun ianya ialah PINEAPPLE
Hah nanas pun nak wat citer gak...
Saja geram, tengok pokok nenas yang sedang galak berbuah sekarang..
Betullah, tak rugi kita berbudi pada tanah....
meh layan gambar lu....

Ini pokok baru keluarkan bunga. Suka tengok, lawa, merah ditengah.

Ini yang dah berusia sebulan

Ini pulak yang dah besar sikit dalam 2 minggu, bunganya cantik, merah purple. Subhana'llah.

6 -7 minggu

 
8 - 10 minggu. Lagi 2 minggu bolehlah makan...yum..yum..yum

Tak tau baka apa nanas ni, sarawak punya kot. Buah dia besar, kuning dan manis.
Dapat dari rumah mak mertua.
Maid dia dulu rajin tanam.
Sekarang, In sha Allah akan ada 5 biji....
Biasa saya tak makan sendiri, hantar kerumah mak, rumah MIL atau bagi kepada kawan2 yang bernasib baik.. sebab buah ni terlalu besar compare kalu beli kat pasar, tak habis makan sorang...
Sharing is caring....

Meh kita tengok kegunaan dan khasiat nanas.
 (saya copy paste dari blog http://anizyn.blogspot.com. TQ kepada tuan punya blog)

Nanas sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahan masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.



Antara manfaat nanas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.

Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

sambungan - baby sitter

Ini Abang Long - Nganga tengok umi tengah marahkan abang ngah

Ini abang ngah - sapa boleh teka apa dia tgh buat? dengan selambernya dia mengoyak sepeket habis pantiliner umi yang baru beli......huhuhu lihatlah dunia..


 
  
Ini lak baby Yaya, nama penuh Alya Insyirah. Aku jer suka panggil Yaya. Orang lain panggil Insyirah.


Ini lah 3 permata yang mak jaga. Cucu yang lain tak pernah jaga macam mak jaga bebudak ni. Anak aku lagi la tak. Dalam pantang pun cuma 20 hari jer, pastu balik umah sendiri. Cuma masa Naim jer sampai 30 hari.

Semoga mak sentiasa sihat walafiat. Sayang mak.

Akur janji

Bismillah..

Hari sabtu yang lalu ada Program Pemuafakatan Pelajar KRK dan KAA SMK Bukit Indah, Ampang, Selangor.

Oleh kerana telah berniat untuk aktif dalam aktiviti sekolah anak...
jadi digagahkan diri untuk menghadirinya...
Yelah...bila dah melibatkan diri (walau tak aktif) baru boleh tahu apa yang berlaku disekolah...

Objektif program ini :
  1. Meningkatkan prestasi setiap pelajar secara keseluruhannya dalam pembelajaran.
  2. Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai gred A dalam keseluruhan mata pelajaran bagi tingkatan 3.
  3. Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai Band 6 dalam keseluruhan mata pelajaran bagi tingkatan 1 & 2
  4. Meningkatkan kemenjadian dan sahsiah pelajar.
  5. Memupuk hubungan yang harmoni antara pelajar, ibu bapa dan guru dalam usaha meningkatkan kecermelangan.
Hah amik ko...

Capai gred A dalam keseluruhan mata pelajaran leh faham lagi, mai ke Band 6 .... apa tu?
Rupanya itu untuk PBS,  yang sampai sekarang ramai ibu bapa masih blur cara bagaimana dilaksanakan,  walau telah diterangkan oleh pihak Kementerian..
Maklum ....benda baru
Ok.. aku leh lupa lu bab ini  sebab Nina tak terlibat (yer ke?)
Chup chup..bukan si Nana dan Naim akan terlibat ?   OMG
Tak leh lepas dari tak amik tahu rupanya. Tapi nanti-nantilah aku fahamkan bagaimana PBS ini berfungsi.

Sambung balik citer si Nina...
 Nina pelajar KAA - Kelas Aliran Agama (cuma ada tambahan kelas bahasa arab jer - bukan apa pun)
KRK - (Kelas Rancangan Khas) ini kelas untuk stu yang pepandai... kira elit sekolahlah.
Sbb bdk2 kelas KRK tak berapa ramai jadi digabungkan lah dengan bebudak KAA.
Bebudak ini kemudian kena sign borang akur janji ( ingat para pekerja jer) ditandatangani bersama ibubapa disaksikan pengetua...boleh gitu...
Pas dah sign kena ikrar la pulak.....
Hai lah macam-macam....


Kehadiran ......hmmmm 1/3 jer kot. separuh dari kedatangan mesyuarat PIBG. Beselah tu...
Apa pun diharap budak-budak yang akan mengambil PMR tahun ini dan dah buat akur janji ini akan lebih berjaya cemerlang dan gemilang.

Chaiyok, Chaiyok, Chaiyok

Friday, April 12, 2013

Sanah Helwah

Bismillah..

Ini short post jer :)

Sanah helwah kepada diri sendiri.....ha ha ha wish sendiri
(beselah tak penah celebrate pun)

Tapi citernya, hari ni belanja gak la kawan-kawan kat gerai di food court Bukit Indah. ( tanpa beritahu tujuan pun - malu - dah tua).

Hah sebelum tu, sanah helwah tu perkataan bahasa arab bermaksud hepi besday. Tambah perbendaharaan kata.

Jadi ingatan kepada diri sendiri..
Tingkatkan amalan, seiring bertambahnya usia kerana garisan penamat semakin hampir..

Jom kita mengundi

Bismillah

Marilah mari
kita mengundi
jalankan kewajipan
pada negara....

Parlimen dah bubar sepenuhnya...
Tarikh mengundi dah tahu   .....5/5/2013
Jadi apa lagi.......tunggu penamaan calon jer la kot....pastu .kempen......kempen....kempen...sampai hari buang undi....

Apa kena mengena dengan kita?
Tah. Bagi orang marhaein macam aku ni tak amik pusing sangat.... (tapi kualiti calon kena amik tau la - syyyy undi adalah rahsia - ye ker?)

Kalu tak silap aku, ni kali ke3 kot aku mengundi, atau kali ke4? rasanya kali ke4.
Wah! patriotiknya aku....he he he
1st buang undi kat sek cina (tah apa namanya - tepi sebelah kiri gereja kat smcs)
2nd kat sek cina - depan komart
3rd kat sek  Agama Raudhatul Mustakim

Kalu ikut senarai ini - sahlah aku akan buat kali ke 4
 lg sekali di sek Agama RM



 




Setakat ini, hanya parti-parti ini yang dijangka akan bertanding..
Tapi ....p e r c a y a l a h........
pada hari penamaan calon nanti...
mesti ada calon bebas dan bermacam-macam lambang.

Apa pun pesanan kepada kekawan dan diri sendiri...
Imam yang dicari haruslah yang terbaik....
Istiharahlah kita dalam mencari pemimpin, agar pemimpin yang dicari dapat memimpin kita ke SYURGA akhirat. Bukan leka dalam syurga dunia, dalam dunia yang penuh fatamorgana ini.

Wednesday, April 10, 2013

Al Qas - Kelas 6 tahun.

Bismillah

Kali ni nak tunjuk gambar budak-budak kelas 6 tahun lak..
Kelas ini ada 4 orang jer...
2 lelaki dan 2 perempuan....(last year lagi best ada sepasang jer)..

Meh layan gambar lu...
Apa Tun Muhd Al Hakiem buat dalam kelas ni?

Hah in kenapa lak Si Amnah ni?  Mogok tak mau menulis? Tapi Anisa relax jer..

  
Memanglah budak Tun ni ....

  
Kita suh mebulis, dorang buat derk jer..siap main kejar-kejar.. bergolek macam scene hindustan pun ada..hu hu hu

  
Tah apa yang happy sangat tak tau....



 HU HU HU apa anggapan korang masa tengok gambar kat atas...
(Biar betul cikgu ni... gambar2 macam ni nak post) -ermmmm salah ker?
Itu senario benar yang berlaku apa. Cikgu tak wat apa-apa tindakan?
Nak wat apa? Budak-budak ni semua cerdik. Kerja dah siap, lepak lah.

Yang penting jadi cikgu tadika ni..SABAR level yang tinggi sekali.

Pengenalan... Anak-anak Al Qas 2013

Salam... 


Benda in dah lama dok dalam draft....
Hari in jer berkesempatan nak godek.. 
tu pun banyak keje nak wat nie... kain menimbun nak lipat (lum bab ironing lagi..ada x machine yang bila kita campak baju kotor dalam nya, 2 jam pas tu kuar wangi, bersih siap lipat)...ha ha ha kalu ada aku nak satu. 

Tak ada apa nak tulis sangat pun sebab aku bukan seorang penulis yang bagus...(bajet..macam penulis novel :))

Tapi kalu nak cerita pasal budak-budak Al Qas ni, banyak lah pulak ...cuma rasanya hari ni maleh nak cite panjang-panjang...

Meh kita tengok siapa yang kena...
Ini Ahmad Irsyad..Anak imam kariah Ampang Jaya. Kecik Comel umur 5 tahun. Suka tersenyum/tersengih kalau tak dapat baca. 

Ini pula Ahmad Muhsin Haziq - kroni...(anak saudara) kalu tengok muka macam samseng..tapi yer pun lasak tak hengat.

Ini Muhammad Aiman. Budak Indonesia. Jgn pelik, kalu sek ini ada International student...1Malaysia katakan..

Ini Putera Adam Sabiq. Masa mula-mula masuk dulu ingat budak lembam..tapi dia telah membuktikan bahawa dia bukan budak lembam. ( tak baik kan cikgu prasangka pada anak murid)

Ini masa kelas hafazan. Yang mekar seorang itu namanya Khaalish Karmila. Budak yang petah berkata-kata.Umur baru 4 tahun tapi perangai macam budak 6 tahun. Satu-satunya pompuan dalam kelas 5 tahun. (sebab dia pandai, jadi dia dok dalam kelas 5 tahun.)

Ini masa praktikal solat....hmmmm. no komen
     Tahun ini tak ramai pelajar yang mendaftar sekolah kami, ikut logik akal, memang tak leh nak survive...bertahan jerlah....ikhlaskan niat kerana Allah, pasti ada jalan keluarnya...Ameen...