Tuesday, May 28, 2013

Cuti Sekolah datang lagi


Assalamualaikum...
Cuti sekolah datang lagi...
setakat ini tak ada apa perancangan nak kemana...
BORING BORING BORING
(tak sedo diri la  tu, padahal ada order yang perlu dipenuhi)

Dalam tak sedar dah 3 hari berlalu...
huh sekejapnya rasa..
tau tau jer nanti sekolah dah buka.....
kalu anak murid maleh nak g sekolah, apatah lagi cikgunya...
he he he he he

Apa ya nak buat cuti sekolah ini...?
Abby ada kelas tambahan dan tuisyen...
Along akan balik dari asrama hari ini..

Dah sah-sah aku kena buka kitab masakan...
(dari situ datang idea blog dapur kakdah.)..
 Maleh nak godek kitab yang dah bersusun tu...


Wednesday, May 22, 2013

Kelas Hands on - May

Minggu ke 3 datang lagi...
Apa ya nak buat kali ini...
 Macam Jimmy Neutron selalu cakap ...
"fikir......fikir.....fikir.............."

Apa ya benda yang boleh dilakukan bersama budak-budak ini yang boleh mendatangkan keseronokkan disamping memberi pembelajaran yang berkesan..?

Setelaj diteliti dan dikaji dan dibincang bersama guru lain...
kami sepakat untuk membuat pizza...
'Easy pizza' hanya ini yang dapat difikirkan dan relevan dalam masa yang singkat.

Mari kita layan gambar. (gambar2 kali ini diambil oleh cik Nurul Soleha yang sedang bercuti dari kolej, datang ke sekolah kerana boring tinggal dirumah).


 
Semua dah sedia? dah cuci tangan? Agaknya apalah yang Amnah tak puas hati tu?


 

Bahan2  yang diperlukan...roti, campuran  sos, sosej, meatloaf, mix vege atau bahan2 lain yang kita nak, sliced cheese dan mayonis.....Simple kan...nama pun easy pizza

Ini oven sumbanga 'mak hanim'

Ok kawan2 semua orang dah dapat sekeping roti setiap orang kan? I Loveeeeeeeeee pizza.

Ya...sapukan sos dengan rata keatas roti anda ya murid2. Jangan bagi comot...

Ini cikgu punya...........

Wah, tekunnya anak2 ini menyapu sos!...kontrol2

Setelah disapu sos, marilah kita letak topping yang kita suka diatasnya....

Proses membakar...bakar dalam 10 minit tau hingga chesse mencair

Hasil air tangan anak2

Sementara kita menunggu pizza masak....mari kita bersarapan dahulu...jangan lupa baca doa sebelum makan dan basmalah..

Hasil setelah dibakar......
 Alhamdulillah....
Selesai sudah kelas kali ini...
Budak-budak pun hepi...cikgu lagi hepi bila tgk budak2 hepi...
Jumpa lagi minggu ke3 bulan hadapan...

Sumber resepi :
1.My Resepi : homemade Pizza    
   

Friday, May 10, 2013

PRU13 - pengalaman menjadi PACA

Bismillah...


PRU13 dah seminggu berlalu...baru nak update citer...(ketinggalan sungguh)
Mana tak nya komputer fully book by mr H...dok mengadap komputer sampai orang lain x leh guna....
bapak tak guna anak lak...nak siapkan kerja sekolah konon...padahal baca novel online....macam aku tak tau.....
Bila dorang tak guna...aku lak sibuk.....kalu tak sibuk.....kena virus M....
Hmmm nak wat cammne.. tunggu jerlah..
Lagipun aku bukannya popular pun sampai orang nak tahu apa pandangan/pendapat aku...

Apa2 pun aku nak tulis ini adalah pengalaman baru sepanjang PRU13 ari tu.....

Sebaik bubarnya parlimen datang sorang kawan yang aku panggil dia 'mak hanim' bertanya ....
"pidah, masa mengundi nanti hang nak dak jadi ejen/kira undi?"....
"uit....macam best jer...kejer macam mana tu...yang dok pangkah nama orang mai undi tu ka?"
"haaa kerja macam tulah, best woooo, seronok, macam2 karenah orang kita boleh tengok nanti"
(beria-ia mak hanim ni promote kat aku)
"Kalu hang nak, aku nak hantaq nama hang kat depa.. jom la nanti ajak awin sekali....kalu leh kita ajak hajar 1x"...
"hmmm macam best jer.....tak susahkan keja dia...yang penting aku dok atas pagaq,..... undi adalah rahsia.................oklah...on".

Sebelum tiba hari mengundi..
kami diberi beberapa taklimat mengenai tugas sebagai PACABA ini . (Sampai kena usik lah dengan mr H, kata aku bz mengalahkan calon yang bertanding).
Tentang prosedur mengundi, kedudukkan tempat petugas, apa yang perlu kita buat, borang-borang yang yang kena isi, bagaimana nak wat bantahan, borang apa nak isi,. paling  penting borang 14 dan bla bla bla
Masa orang bagi taklimat kami bertiga leh gelak-gelak lagi kat belakang.....
(Huh tak leh pakai punya PACA)

Ini adalah pengalaman pertama aku menjadi ejen tempat mengundi....nervous tak leh cakap....
Tiba ke hari sok nak mengundi....dah dapat pas dari SPR.... aku jadi blank... nervous menjadi-jadi ....waaaaa apa nak wat kat lam tu nanti...leh tak kalu kami duty 2 org???????????

Tiba hari mengundi....
dengan penuh debar pergi ke sek men taman dato ahmad razali..
okkkk dah sampai cari saluran 4......sbb masih awal lagi tunggu kat luar kejap...
aik pasal apa pihak belah sana ada 2 orang..? pihak kami ada sorang jer?...
hmmmm pakai pas, tunjuk borang akuan rahsia dan surat perlantikan kat KTM, masuk, duduk dan mak hanim keluar....ok roll the balls....

Pepagi ni tak ramai orang sangat jadi leh relaks ,santai-santai pangkah nama orang,

tengok-tengok apa yang tak kena,

tenung-tenung pengundi yang datang,

wah itu calon BN ker!?....tapi apasal muka dia tak sama pun dgn yang dalam poster......tak la hensem sangat.(haip tak baik tau) .....apa nama dia tadi yek.......hmmmm ooook confirm dia calon BN

jeling-jeling orang sebelah, sorang anak muda dan sorang pakcik...  oooooo leh bertugas dua orang yee... apasal la kami tak di bagi bertugas dua orang....

Makin  tinggi hari makin orang ramai dan makin laju pulak la kemasukkan pengundi......
waaaaaaaaaaaa  ni ada pengundi hantu...dan ada pengundi yang dah datang tadi sebab nama dah pangkah.....
tolonggggggggggg nak wat macam mana ni........jeling orang sebelah tengok depa relak jer...macam tak ada apa-apa...

Dan pengundi terus masuk tanpa henti...............................tanpa dapat aku wat apa-apa
(huh.....tak puasnya hati).

Alamak nak terkencing ni....masa ada sejam lagi sebelum awin lak masuk...orang makin ramai...fokus...fokus...fokus.....alamak apa no tadi.....hish...

Bila awin dah masuk, aku dengan segera berlari ke kereta pecut kerumah (sib baik tak jauh, tapi kalu jalan kaki mau terkencing di jalan). sampai umah tempat pertama dituju ....yeah betul......tandas.....huh lega.

Makan sikit then g umah mak kat sentul lak nak buang undi....
Ya Allah jemnya jalan  nak masuk umah mak.....mana nak paking ni....
Tengah makan, rahim sampai...oit nanti g undi 1x.....makan/solat lu.....
"ni bila hangpa nak p undi ni, nanti bawak aku g kkb, aku nak undi pulak, cepat nanti tak dan aku nak undi"..tu..dia mak midah dah bersuara...
"yalah yalah kami nak p la ni".........

Sambil jalan lenggang kangkung kami update citer.......ketempat mengundi....penuh gemalai melihat ragam orang...mana tau kot ada kawan sekolah.....hmmmm tak nampak sorang pun.....dorang dah datang awal kot......










Lepas buang undi jumpa epol...."eh yong! dah sudah?" .........."hmmmmmmm dah"...
"nanti tunggu tau......cakap kat rahim..."  ........"ok"....

"Yem...epol  kat atas, dia suh hang tunggu"......
"Tau...tadi ada jumpa,.........hang tau? "....."Dia tak pernah mendafar pun.......tau tau kali ni ada nama dia layak mengundi....aku pangge dia orang  myanmar..ha ha ha ha"
"Boleh lak macam tu.....?"
"Betui yong.......dia tak penah mendaftar dan tak penah mengundi pun sebelum ni....."

Lepas tu punyalah kami 'perak' siap ambik gambar jari yang di buh dakwat tu, posing dengan polis, wah! tu tian chua pun baru datang......tapi aku maleh nak upload ke fb, ramai dah orang buat.....sebenarnya wifi macam hampeh, tak berjaya upload gambar.
jari pegang no 8 tu....tak pernah mendaftar pun sebelum ni...tiba-tiba nama ada dalam daftar pemilih...nasib baik sedar dan tuan punya nama pergi mengundi sendiri.....

Then rush balik ampang, sebab mak hanim dah pangge, sat lagi kul 5 kena masuk ikut dia kira undi.....
Lepas jer asar terus rush ke tempat undi tadi, lari naik atas...tgk mak hanim tengah sibuk kira dan siapkan borang berkenaan...

ok,,,sebab ada dua orang tiap team, kita kira serentak, dua kat sana kira DUN, dua kat sini kira PARLIMEN... kita akan  mula kira jam 1730 nanti, kata KTM (bagus gak cepat habis)

Fokus.....fokus...fokus....beselah orang kalu lemah math ni kena fokus lebih..hehehe
Jam 1815 selesai kira suma....cepat isi borang, sign dan boleh solat maghrib....


Habis solat, masuk bilik, mak hanim bisik........PR menang semua saluran...
oh.....ok....dah siap jom balik la.......lapaq....cari makan lu...pastu baru hantar borang keputusan ke ketua PACA....

Sampai umah...penatnya.................. mr H pulak sibuk suh aku update citer hari ni.....
nanti2 lah cik abang sayang oiiiiii.....orang nak rehat jap.....g tengok tv tu berita terkini lagi.....

Kesimpulannya.....ceh macam wat karangan sekolah.....ayat x le blah

Memang satu pengalaman yang menarik........aku tak peduli sapa yang bertanding dan di pihak mana aku bekerja....yang penting ini memberikan satu pengalaman yang lain dalam hidup......selalu dengar orang bercerita tentang itu ini....bila kita dah melaluinya barulah kita tahu.....

Apa yang aku dapat/tahu dari pengalaman ini....................biarlah rahsia......kang jadi isu politik lak.....
bajet......


 

Makanan ikut sunnah

1. JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL


2. CARA MAKAN

A. Jangan makan BUAH setelah MAKAN NASI, sebaliknya makanlah BUAH terlebih dahulu, baru makan NASI.
B. Tidur 1 JAM setelah MAKAN TENGAH HARI.  
C. Jangan sesekali TINGGAL MAKAN MALAM. Barang siapa yang tinggal MAKAN MALAM, dia akan DIMAKAN USIA dan KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya… cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek….. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu, karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Sama-samalah kita mengamalkannya…….WallahuA’lam
Wassalam…