Monday, July 22, 2013

Rindu...

Salam..

Isi tazkirah sebelum terawih hari ini.....
Oleh ust Basri di surau Ihsaniah Ampang Jaya...
Mengenai RINDU..

Allah jadikan setiap makhluk secara berpasang-pasangan....
Yang secara fitrahnya saling rindu merindui sesama mereka..
Suami rindukan isteri...
Isteri rindukan suami...
Anak rindukan ibubapa...
Dan sebaliknya....

Persoalannya
Adakah kita rindukan Allah..?
Kerana Allah akan merindukan hamba yang merindukannya....

Adakah kita rindukan syurga?
Dan adakah syurga juga rindukan kita?

KETAHUILAH anda semua..bahawa, syurga itu amat merindukan 4 kumpulan orang ini.....mereka adalah..

1.  Orang yang sentiasa membaca Alquran dan mengamalkannya
2. Orang yang menjaga lidahnya
3.  Orang yang memberi makan kepada orang yang lapar
4.  Orang yang berpuasa di bulan ramadhan

Kumpulan manakah kita berada?

Monday, July 15, 2013

CP soap - Hasilnya


Salam..

Alhamdulillah....setelah seminggu berlalu...
Tibalah hari yang dinanti-nanti....
Kita buka kotak ajaib...itu....

Nampak macam sedap jer kan....keler yang cantik...saya suka saya suka

Warnanya lebih terang kerana dicampur sedikit (ye ke) food coloring, tak la nampak pucat sangat

Potong lah mengikut saiz yang anda suka, sbb ini adalah sabun anda!


Hah, selepas ini kena cure/peram kan dia selama 1 bulan baru boleh guna.
Sebab itu namanya CP soap ie cure process soap.
Tak apa, untuk mendapat hasil yang baik kita kena lalui pelbagai rintangan dulu.

Untuk lebih lanjut korang leh g ke blog azzahrasoap.
Jazakallahu khairan khatira azzahrasoap, nanti lepas raya kita wat projek sabun yang lain lak yea....


Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...dah berlalu 5 hari ramadhan
InsyaAllah hari ini hari yang ke 6

Dah nak seminggu baru nak post....
Bz la tahap tak hengat....
ini pun saja jer on komputer konon nak usyar resepi menu berbuka nanti....sambil menunggu anak murid datang...

Cadangnya hari ini nak wat puding roti la...
habih kalu dok mengadap benda alah ini...
surfing tak hengat...
jadi sangatlah puding tu....

Mesti...mesti...mesti...
nanti kalu dah siap sy postkan didapur kakdah yea...
resepi pemberian jiran sebelah...
ingat-ingat lupa.. 

Apa pun, selamat menjalni ibadah ramadhan...
semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dan lebih bagus dari ramadhan yang lalu...

Friday, July 05, 2013

Baru - Perkhidmatan hantar lauk mangkuk tingkat

Assalamualaikum...
Mangkuk tingkat? Nostalgia..
Baru-baru ini seorang mak kepada pelajar di tadika telah membuat bisnes penghantaran lauk mangkuk tingkat.
Wah, bersinar-sinar mata semua cikgu!.
Ada peluang tak yah penat2 balik nak masak. Asyik beli kat kedai jer pun jemu gak. Maklum.........semuanya jenis 'rajin'.
Paling best, nak keluar pergi kerja, masak nasi siap2. Pergi kerja bawa mangkuk tingkat dengan gayanya..
Nanti bila Adam datang, pass mangkuk tingkat ke mamanya.
Tengahari nak balik, mama Adam datang bawa balik mangkuk tingkat tadi yg telah siap di isi lauk menu hari itu.
Balik rumah boleh terus hidang....dan apa lagi....jemput makan?
Sebelum tu jangan lupa baca  doa makan dan basmalah.
Harga yang ditawarkan pun amat berpatutan. Untuk seorang makan hanya RM8, tanpa nasi. Kalu nak nasi sekali, RM9.50. Nampak macam lebih kurang harga makan digerai, tapi bg saya ini lebih terjamin kebersihan dan kehalalan makanan yang disediakan, kerana kenal, tahu dan percaya pengusaha ini amat menitik beratkan halalan toyyiban.
Mereka menyediakan pakej penghantaran lauk mangkuk tingkat ini ke rumah2 dan opis di kawasan  Ampang sahaja. Untuk  sebarang pertanyaan korang leh contact, Tunku Fazlinda : 019-7118817 @ Azril : 013-2023311. Atau lawat blog mereka http://hantar-lauk.blogspot.com atau korang leh like di facebook -  hantar lauk mangkuk-tingkat.
Rasanya tak rugi kalu kita mencuba sesuatu yang baru, disamping menolong peniaga melayu kita. Kebanyakan gerai/food court sekarang pun nama pemilik jer melayu, yang sedia bekerja kebanyakannya tak pasti warganegara mana?
Wah kakdah, promote habis nampak? Alah  benda baik x salah kita kongsi dan sebarkan...hah lupa cakap dorang amik tempahan catering gak. Manalah tau kot hangpa nak wat majlis buka posa sempena ramadhan nk tiba ni.....leh la cuba dorang ni lak.

Monday, July 01, 2013

CP Soaping class

Bismillah...
 
 

 Cabaran betullah nak menyiapkan n3 kali ini.
Gambar tak leh uploadlah, dah save dalam draft tak boleh buka pulak, pendek tulis, serba tak kenalah.
Dah lah nak belajar wat benda ni pun asyik tertunda dari hari ke sehari, dah attend class, nak upload n3, macam2 kes pulak, cabaran betullah.
Saya belajar buat sabun ni dari seorang rakan yang baik hati. Jazakillah ya ukhti Siti Hajar dari azzahra soap.


 Mengapa ingin buat sabun sendiri?
  • Seronok
  • Ingin sabun dengan bauan unik
  • Perasaan ingin cuba sendiri
  • Ingin jual pada kawan-kawan
  • Ingin hadiah pada kawan-kawan
Selain perkara diatas, banyak beza tau antara sabun buatan sendiri dengan sabun komersial ini. Yang paling utama tiada lagi alahan kulit, kulit menjadi lebih lembap secara semulajadi. Jadi tak perlulah kita membuang duit dengan membeli lagi losyen.

Mari kita lihat bahan2 asas membuat sabun cp ni.....

dari kiri belakang : lye, myk zaiton, myk kelapa, myk canola, myk sawit (tiada dlm gambar) ss besar, ss sedang, penimbang, ss kecil, mangkuk plastik, sudu, bekas kecil, whisk, hand glove, red clay, essential oil, spatula, lidi, termometer, dan kotak minuman.

Minyak yang digunakan..
No lye, no soap, as we soap makers like to say. No lie! :)
 

setelah campuran myk panas dan lye +air mencapai suhu seragam ie>< 50'c campurkan myk kedlm lye serta whisk hingga membentuk 'trace'
ini bentuk 'trace yang kita nak lebih kurang macam susu pekat......
Setelah mendapat 'trace' yg dikehendaki, kita campur dgn apa bhn tambahan yg kita nak. Kali ini sy guna red clay dan ditambah dgn food coloring untuk memekatkan warna.
setelah rata gaul masukkan kedalam kotak minuman yang dijadikan sebagai acuan
 
Ini hasil marble keras tangan saya...

 
Sealkannya, tulis tarikh diatas, dan tunggu selama 7 hari. Jadi minggu depanlah saya update hasilnya...

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum....

Selamat Hari Bapa...
Ya Allah ketinggalannya, bese bila ya orang sambut hari bapa ni?
Tapi perlu ke ada satu hari khusus untuk meraikan bapa ni?

Bagi sayalah hari-hari adalah hari bapa dan ibu.
Dan sementara mereka masih ada di dunia ini, wajiblah kita melayan mereka dengan penuh hemah, tanpa keluh kesah, kerana kita akan merindui mereka bila mereka telah tiada.

Al Fatihah kepada arwah abah, Ramli Ali, dan Arwah FIL Mohamed Tahir Meranun.

Ini cerita Mr H. Tahun ini abah membuat kejutan kepada kami dengan memotong rumput dihalaman rumah SENDIRI, setelah saya memaksa nya ikut pergi ke kedai dan membeli sebiji mesin pemotong rumput.

Keadaan laman rumah sebelum dipotong rumputnya....


Rasanya ada la lam 3 bulan dah tak potong rumput ni...


Dengan machonya abah menunjukkan bakat yang terpendam...

Ada gaya...ada gaya

Add caption

Ini lah rupanya mesin rumput sandang yang di beli di sebuah kedai di jalan Tunku Abdul Rahman

Alahai cik abang oiiii...kalu yer pun excited...ketepikanlah dulu kain tu, nanti habis kotor!

Ini lah hasih kerja abah setelah dua hari bekerja,  lepas ni tak payah upah bangla lagi dah.