Monday, March 31, 2014

MH370 - mana hilangnya

Teks : Kak Dah Tijarah

Assalamualaikum. Dah lama x berblog. Errr berhabuk dah yer. Kita cuci sikit-sikit yer. Air tak dok ni. Selangor masih meneruskan catuan air. Tak tau la nak kata apa. Sabaq jer la. Bila ada ayaq tu, tadah banyak-banyak. Tu jer lah yang mampu buat. Dari sakit hati dok menunggu bila nak ada ayaq.

Kadang konpius gak ngan pihak syabas ni. Kata dua hari ada dua hari x dak. Tapi yang besa terjadi ialah dua hari ada ngan tekanan yang cukup rendah dan tiga hari tak ada. Buat tekanan darah tinggi jer. Hihihihihi.

Opps! Lari tajuk dah ni. Hmmm MH370. Rasanya sekarang ini, cerita mh370 ini lah yang paling fofular. Macam-macam versi cerita spekulasi ada. Yang pasti hingga ke hari ini, hampir sebulan dah berlaku. Masih tiada apa-apa penemuan mengenainya. Hanya spekulasi sahaja. The real story tak ada siapa yang dapat menceritakannya. Walau perdana menteri dah umumkan bahawa mh370 berakhir di Lautan Hindi instead of Beijing, China, saya masih menaruh harapan bahawa semua penumpang dan anak krew masih hidup dan sihat.

Pendek kata, selagi tidak bertemu apa-apa objek yang mengesahkan bahawa mh370 terhempas atau meletup atau apa saja yang berkaitan, saya percaya mereka semua masih hidup.

Monday, March 10, 2014

Misteri kehilangan MH370

Sabtu lalu pada 8/3/2014 Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan kapal terbang MAS boeing 777-200 MH370....penerbangan dari KLIA ke Beijing, China. Seramai 239 penumpang dan kru didalamnya.

Berlepas dari KLIA jam 12.41 pagi menuju Beijing dan dijangka mendarat jam 6.30 pagi. Kapal terbang ini hilang tanpa jejak selepas 2 jam berlepas. Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang ketika berada di ruang udara vietnam.

Hingga ke hari ini, sudah 3 hari, masih belum dapat apa2 petunjuk mengenainya...dan pelbagai spekulasi telah tersebar...malah ada yang mengarut dan begitu mengguris perasaan saudara mara penumpang yang terlibat.

Apa yang boleh kita buat sekarang hanya lah berdoa...moga allah mudahkan urusan kita dan di buka hijab agar dapat bertemu kembali dengan kapal terbang ini walau dalam apa bentuk sekali pun.

Ini adalah sedikit tazkirah dari group wassap yang sy kopipes ...juga sebagai peringatan kepada diri...:(

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

أصحاب استاذ حذري البنداني

TAZKIRAH HARIAN : MEMAHAMI AYAT 41-44 SURAH YASIN.

Sahabat-sahabatku, sejak kejadian Kapal Penerbangan MAS MH370 ramai yang mengaitkannya dengan ayat 41-44 Surah Yasin. Sebenarnya dari segi aspek khabariyah ayat-ayat ini ia tidak berkait langsung dengan kejadian MH370 yang hilang. Kerana ia menceritakan tetang bahtera Nabi Noh yang Sarat dengan muatan yang terdiri dari manusia dan binatang ketika berlayar meredah taufan.

Namun begitu dari segi Ibrah atau pengajaran dari ayat-ayat ini ia sememangnya ia boleh dijadikan pengajaran buat kita bila berkenderaan termasuklah pesawat MH370 itu.

Mari kita salami Firman Allah. :

وَآَيَةٌ لَهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ (41) 

Mafhum ayat : “ Dan di antara bukti kerasulannya ialah (dia mampu menceritakan) bahawa sesungguhnya Kamilah (Allah) yang telah menyelamatkan zuriat mereka yang berada di dalam bahtera yang sarat dengan  muatan itu.”

Ayat di atas menjelaskan tentang sejarah Nabi Noh a.s.  Sebelum ayat ini diturunkan, sejarah tersebut  telah banyak disulam dengan berbagai-bagai mitos atau dongeng. Dengan pertolongan wahyu yang diturunkan oleh Allah, Nabi  Muhammad s.a.w dapat menghuraikan sejarah tersebut dengan jelas dan tepat walaupun baginda seorang yang buta huruf.  Ayat yang diterimanya ini merupakan rangkaian daripada beberapa ayat lain yang mengisahkan hakikat  kehidupan dan perjuangan Nabi Noh a.s. Baginda ialah salah seorang daripada 25 orang rasul yang disebut dalam kitab-kitab  suci yang diturunkan dari langit termasuk al-Quran.

Jika kita membaca ayat ke-41 ini dengan menggunakan  kemahiran berfikir yang ada pada diri kita, kita tentu dapat mengetahui bahawa antara mesej yang hendak disampaikan oleh Allah ialah:

 

Sejarah yang dipaparkan oleh Allah dalam al-Quran merupakan salah satu sumber yang boleh dijadikan bukti tentang kebenaran Islam itu sendiri. Oleh itu kita mestilah membezakan konsep sejarah Islam dengan sejarah biasa kerana sejarah Islam mempunyai landasan yang kukuh dalam memperkatakan watak sejarahnya. Ini kerana tujuan ia dipaparkan bukan semata-mata untuk mendokumentasikan sesuatu peristiwa atau sesuatu kejadian, tetapi sebaliknya adalah untuk membina  peribadi manusia itu sendiri melalui sejarahnya.

 

Ayat ini merupakan salah satu kenyataan sejarah yang  menunjukkan bahawa Nabi Noh a.s seorang nabi dan  rasul yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang termasuk bidang kejuruteraan dan  pelayaran di samping bidang agamanya yang amat tinggi. Tujuan peristiwa itu dipaparkan semula sebagai bukti  sejarah dalam kitab suci yang terakhir ini adalah supaya  kita sedar bahawa para pendakwah tidak boleh berasa selesa dan memadai dengan ilmu setakat yang ada sahaja. Sebaliknya mereka perlu menguasai pelbagai bidang ilmu yang lain. Oleh itu mereka mestilah tidak berhenti menuntut  lmu.

 

Cabaran terhadap dakwah adalah sangat berat dan mereka yang melibatkan diri dalam gerakan dakwah tidak  dapat tidak mesti bersabar ketika menerima ujian getir  daripada Allah. Sekiranya mereka sanggup menghadapi ujian-ujian getir itu nescaya perjuangan mereka akanberjaya dan umat akan selamat.

 

Firman Allah :

 

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ ( 42 )  وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ ( 43 ) إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ ( 44 )

42. dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan Yang sama dengannya, Yang mereka dapat mengenderainya. 43. dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan Yang demikian) maka tidak ada Yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, 44. kecuali Dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

 

Dengan rahmat Allah, akhirnya bahtera Nabi Noh yang telah  mengharungi pelayaran sukar  kerana merempuh ombak dan  gelombang yang tinggi menggunung itu dapat berlabuh dengan

selamat dan dengan rahmat Allah jugalah semua yang ada di  dalamnya dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sempurna  dan seterusnya dapat pula beribadat kepada Allah tanpa sebarang  gangguan daripada orang-orang kafir kerana mereka kesemuanya telah binasa. 

 

Penutup :

 

Sebenarnya ayat ini bukan hanya ditujukan khusus kepada  mangsa tragedi taufan dan banjir di zaman Nabi Noh semata-mata. Tetapi ia ditujukan  juga kepada seluruh umat manusia sepanjang zaman. Oleh itu kita  harus ingat bahawa nasib seseorang dalam pelayaran sama ada di  laut atau di udara bukan tertakluk kepada kecanggihan kenderaan  atau pesawat yang dinaiki, sebaliknya tertakluk kepada ketentuan Allah s.w.t sebagaimana Allah mengingatkan kita pada akhir ayat dalam surah ini juga.

 

Firmannya yang bermaksud :

 

82. Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.

83. oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Sekian.. Doakan istiqomah. .
والعفو منكم

10 tip untuk parent dari Prof Muhaya


Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Malaysia - Pertemuan para muhibbiin

[Qasidah Pembukaan]

Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi solli a'lahi wassalim
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi ballighul wasilah
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi hussohu bilfadilah
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi wardho anilshohabah

Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi wardho anissulaa lah
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya  robbi wardho anil masyaayih
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi farhamwaalidinaa
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi warhamna jamii a'

Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi warham kulla muslim
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbigfir likullimuznib
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi samig dua'na
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi la taqthog ro jaa naa

Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi ballignaa nuzuuruh
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi tagsha naa binurih
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi hifzhoo nak' wa a ma nak'
Ya robbi solli a'la  muhammad
Ya robbi was kinna jinaa nak'

Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi ajirnaa min a zaa bik'
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi warzuqnassyhadah
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi hithnaa bis saa'dah
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi waslih kulla muslih

Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi wakfi kulla mukzi
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi nakhtim bil musyafaq
Ya robbi solli a'la muhammad
Ya robbi solli a'laihiwasallim..

Allahumma solli wasallim wa barikh a'laihi wa a'la aalih..

Alhamdulillah...sabtu lepas 8/3/2014 kak dah berkesempatan berkhidmat pada majlis mawlid...Maulidur Rasul SAW 1435 dan haul Syeikh Al Jailani...anjuran Al Wariseen di Masjid Tunku Mizan, Putrajaya.

Ini pes taim kakdah berkhidmat untuk majlis sebegini, kakdah wakil dari Ba Alawi KL, pada hari tu...ada juga volunteer dari Al Jenderami, Al Wariseen sendiri dan satu lagi wakil yg kakdah x pasti dr mana.

Seronok. Bahagia. Walau pun agak penat...tetapi rasa beshh...tenang jer bila niat hanya kerana rasul dan allah. Dalam pada tu, kakdah dan kawan berangan, kira ni training tuk jadi polis pengawas kat masjid nabawi...in sya allah...

Tahun depan, in sya allah, jika diizinkan allah, masih di beri umur dan kesihatan yang baik, kakdah akan hadir lagi.

Tugas kami...sebagai usherer kepada para tetamu. Dan kakdah di beri bahagian vip....huuuu gementar rasanya...satu pengalaman yang amat berharga..
Kami cuba sedaya upaya memastikan para vip selesa. Dari kemasukkan mereka ke dewan solat, uruskan penyimpanan kasut mereka dan seterusnya iring mereka ke dewan makan, hingga mereka selamat naik kenderaan masing2 untuk balik.

Pada majlis ini, ramai peserta dari luar yang datang, mereka datang ber bas2...terutamanya dari singapore, ada juga dari Indonesia. Dari pemerhatian kakdah, mereka yang datang dari luar ni..lebih murah melemparkan senyum, memberi salam sebelum kita beri salam, dan datang menyalami kami usherer2 ni (rasa macam kat kenduri kahwin pun ada gak), begitu juga dengan jemaah warga emas dari Jenderam....hepi jer muka mereka...salam dan memberi salam...so touching when see their face....keramat hidup kan....memang sy x lepaskan untuk bersalaman dgn mereka2 ini.

Ok..that's part bahagia la. Part masamnya...hmmm rasanya korang pun tahu kot....payah benar ke nak lemparkan senyuman dan memberi salam. Kalu kita beri salam pun jawab nak tK nak jer......adussss

Opssss...dah mengata lak...nauzubillahiminzalik...
Apa pun..dah hampir maghrib ni...cukup sampai sini..

Monday, March 03, 2014

Sabun oh sabun

Selamat pagi semua...

Pagi ni dia Ampang...cuaca gelap...x tau nak kata gelap nak hujan ka gelap jerebu???
Bagaimana ditempat anda sekarang??

Kalau hari2 sebelum ni...riuh orang memperkatakan pasal panas, air empang kering, catu air, strok haba, cuaca panas melampau...bla..bla...bla

Mulai semalam matahari x munculkan diri...juga kita komplen..jerebu teruk, hujan asid..bla..bla..bla..bla

Sumanya x kena. Sumanya x betul. Sumanya salah.
Habis........
Apa yang kena, apa yang betul?

Hadoiii apa kena mengena ngan sabun kakdah???.??

Hahahahahahahahahahahahha
X der kena mengena pun...(yer ke)
Pasal cuaca jer kot....
Korang dah membasuh hari ini?? Kakdah x membasuh hari ini...off ^___^
Kalau x off macam mana nak ada masa nak hapdet blog ni...^__^ (ayat mengelak namanya)

Ok...citer pasal membasuh ni....
Biasanya kan korang...korang...pakai sabun apa?
Serbuk atau cecair?? Kenapa??
Sebab jenamakah, sebab iklannya baguskah?? Sebab mak kita dulu pakai sabun jenama tu kah?? Atau sbb ada percuma yg besh...???
(Dolu2 kakdah suka sbb ada percuma...pinggan..dannn la kumpul sedozen, pinggan sabun- jadi hari2 basuh baju, lantai, pinggan suma pakai sabun ni sbb nak bg cepat habis...leh beli baru ^__^ ...leh dpt pinggan percuma )

Tapi sekarang...dah bertukar ke jenama cecair lak..
Sbb bila guna serbuk...nanti akan berketul sabun lekat kat baju...dahhhh jadi satu kerja lain nak kena basuh balik.
Sabun kawannya pelembut kain.
Leceh kan...nak kena tunggu...last spin br leh masuk pelembut...
Kemudian muncul yg 2 in 1....harga...leh tahan la...lebih kurang jer...ngan harga kita beli sabun dan pelembut..
Tapi kalu beli setakat 3 kilonya sabun tu....umah kakdah leh tahan sebulan jer...tu pun pakai 1 penutup penuh jer...

4 hari lepas adik perkenalkan sabun baru....1 tong 10kilo rm30....cam besss jer...cam menarik jer...
Pendek citer...amik la...kebetulan sabun kat umah dah habis...jadi dpt terus guna...
Hah....komen kakdah .....thumbs up.
Walau x der jenama...pekat, melekat, kain baju bersih, bau harum, ....still guna 1 penutup penuh jer (kalau korang nak guna lebih silakanlah)

Moral stori.....x payah pandang pada jenama...kalu barang tu bagus..x der nama pon org beli...^__^

Sekian citer pasal sabun. Senyummmmm.
Kakdah nak masak lak. Hari ni menu daging masak kicap.

Friday, February 28, 2014

Cerita hari ini

Assalamualaikum wbt...

Cerita hari ini?
Apa lah yang kakdah nak cerita ni?????

Saja nak update cerita wat kenangan....manusia kan mudah lupa....

Rasanya korang dah tahukan kakdah dah berhenti mengajar di ALMEK.
Apa kakdah wat sekarang? tak mengajar di tempat lain?
Ni nak habaq mai....kakdah laa ni tak mengajaq dah...disebabkan kesuntukan masa dalam menguruskan rumahtangga, anak sekolah dan perniagaan yang kakdah jalankan sekarang.
Heeeehehehehe...sekarang kakdah fokus lam membantu kawan2 diluar sana yang mempunyai masalah dalam keintiman rumahtangga. Kepakaran kakdah dalam menghilangkan keputihan dan kegatalan yang biasa dialami oleh kaum wanita diluar sana samada yang dah berkahwin atau anak dara.

Nanti kakdah update lagi cerita pasai ni....tungguuuuuuu

Citer pasai anak2 lak....

Along sekarang dah habis spm dan sedang menunggu result, sementara tu dia sekarang bekerja di PIZZA HUT. Kalu sebelum ni nak makan pizza macam mewah jerrr......tapi semalam balik kerja siap request.."mak, jom beli nasi lemak boss, along tak mao makan pizza lagi dah...nak muntah"  hahahahahahah...hamek ko..

Angah aka B (kos she is baby)...sekarang di mrsm taiping..smart school. Hmmm sekolah yang beshhh...macam resort..memang tak nampak macam sekolah...di tepi lereng bukit larut...ni dah masuk 3 mingguu dia disana..rasanya dia tak ada apa2, tapi maknya yang rinduuuuuuu bangat sih...ajak kanda g sana dia tak mao, kita nak g sendiri tak dibagi lak....warghhhhh nangis sorang2 jer la...pandang roti bodo pun leh ingat sia sebabingatkan dia suka makan roti...ni lum dia g obersi ...macam mana agaknya kalu dia g obersi......

Acik....sekarang ditahun 6. akan menghadapi upsr. sibuk sepanjang minggu. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam tuisyen....harap dia boleh menghadapi tekanan. Azamnya nak jadi macam along dan angah...tahun depan nak masuk asrama gak....in sya allah. Tapi nak masuk sekolah agama...

Amad....the only boy in the family....
Tahun 1, ceria dan suka pergi sekolah. Tapi setiap hari ada sahaja akal dia dalam nak buat kita marah...oleh kerana kakak2 suma akan keasrama...amad pun nak masuk asrama gakkkkkkk!!!!

Huhuhu ..dah beso anak2...dorang akan makin meninggalkan kita..rasa macam baru semalam melahirkan mereka...bergelut...cuci berak/kencing...masak makanan kesukaan mereka...bercuti bersama....hahaha
sekarang suma mereka dah ada aktiviti sendiri dan jarang ada di rumah...sunyi la pulak..
kalu ada tu ...riuh asyik bergaduh bertekak...ada jer benda nak direbutkan hatta sekeping biskut, padahal biskut dalam tin penuh tin nu haaa...tak mau diamiknya...

Dan tanpa disedari..dengan pembesaran anak2 ini....rupanya mak semakin berusia...ahak ahak  ahak..

Satu cerita yang menyedihkan, Jumaat lepas kami dikejutkan dengan berita kematian seorang rakan sekolah, yang sebaya, meninggal dunia dalam kemalangan di cairo....innalillahiwainnailaihirajiunnn...jenazah sampai msia hari isnin dan dikebumikan di tanah perkuburan islam Taman Koperasi.
Memang kematian dia amat mengejutkan kerana tiada berita mengatakan dia sakit atau apa.... aturan allah memang kita tak tahu...mereka sekeluarga kemalangan jalanraya...kereta berguling-guling...anak suami dan driver suma terselamat dan hanya menghadapi cedera ringan..tetapi arwah meninggal di tempat kejadian..hingga kini masih terasa meremang bulu roma bila ingatkan kematian beliau...tak tahu kenapa??? tapi ianya seperti peringatan keras ....bahawa...kematian akan tiba bila masanya..tidak akan lewat walau sesaat...tak kira dimana kita berada....membuat diri ini terfikir...bagaimana aku nanti...dimana?? bila?? apakah bekalan amalan aku cukup??? dan  rabu lalu sempat menziarahi kubur beliau bersama kawan dari PD...suasana perkuburan yang tenang....(rasa macam nak tempah jer satu lot)...Alfatihah untuk arwah Azlynn Aziz, tenanglah kamu disana, moga allah tempatkan kamu bersama orang2 yang beriman.. aamiin.

Last Day of School











Assalamualaikum wbt...

Lama kakdah tak bersiaran...
hari ini hari terakhir bulan feb 2014......maaflah entri kali ni cerita lapuk...
kenangan hari terakhir..mengajar di ALMEK...
benda ini dah kakdah postkan dahulu tetapi rupanya duduk dlam draft...

apa2 pun layan jerlah gambar2 yang ada yer...
as or today....update citernya
budak2 ALMEK yang 6 tahun suma dah masuk kedarjah 1
Alawi sekarang di sktbi, Anisa di Sek intergrasi Keramat, Alif Danial di sk Tmn Keramat, Aiman Shah di Sk Sri Kembangan, Amnah di Ilmi Tmn Kosas....
Semoga anak2 ini membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat, aamiin.