Bagi yang tak kenal....Inilah rupanya pisang abu |
Pagi semalam pergi ke pasar tani Taman Dato Ahmad Razali.
Niat cuma nak cari ikan sungai, nak buat bakar dan makan bersama mak.
OTW nak balik ternampak pisang abu muda yang sungguh menggoda...Agak mahal jugak la RM3 sekilo, dan pisang ini punya kulit yang tebal, yang aku percaya 60% dari berat keseluruhannya adalah dari kulit dan sisirnya sahaja.
Tapi, oleh kerana ianya sungguh pandai menggoda, beli gak la lam 2 sisir......Adala lam 3 kilo beratnya.
Sampai rumah terus kerjakan pisang ini, kupas, rendam, slice nipis dan goreng. Itu jer...mudahkan..maka terhasillah satu jenis kudapan yang sedap dimakan sambil tengok CSI....ditambah pulak sekarang ini musim hujan, asyik lapor jer...
Oh ya, petua untuk menambah kerangguppan dan rasa adalah hanya tambah sesudu majerin kedalam minyak gorengan. In syaa Allah sedap, ranggup dan lemak.
Nota untuk diri : Untuk lebih senang slice, pisang yg dah basuh/lopek dibiar dalam pt ais semalamam.
No comments:
Post a Comment