Bismillah...
Ada orang kata nanas, ada orang kata nenas, apapun ianya ialah PINEAPPLE
Hah nanas pun nak wat citer gak...
Saja geram, tengok pokok nenas yang sedang galak berbuah sekarang..
Betullah, tak rugi kita berbudi pada tanah....
meh layan gambar lu....
|
Ini pokok baru keluarkan bunga. Suka tengok, lawa, merah ditengah. |
|
Ini yang dah berusia sebulan |
|
Ini pulak yang dah besar sikit dalam 2 minggu, bunganya cantik, merah purple. Subhana'llah. |
|
6 -7 minggu |
| |
8 - 10 minggu. Lagi 2 minggu bolehlah makan...yum..yum..yum |
|
|
Tak tau baka apa nanas ni, sarawak punya kot. Buah dia besar, kuning dan manis.
Dapat dari rumah mak mertua.
Maid dia dulu rajin tanam.
Sekarang, In sha Allah akan ada 5 biji....
Biasa saya tak makan sendiri, hantar kerumah mak, rumah MIL atau bagi kepada kawan2 yang bernasib baik.. sebab buah ni terlalu besar compare kalu beli kat pasar, tak habis makan sorang...
Sharing is caring....
Meh kita tengok kegunaan dan khasiat nanas.
(saya copy paste dari blog http://anizyn.blogspot.com. TQ kepada tuan punya blog)
Nanas sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang
enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan
segar, nanas juga dijadikan bahan masakan seperti pajeri, masak lemak
dan gulai.
Antara manfaat nanas adalah:
1. Membantu menurunkan berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam
makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas
menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.
2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi
mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan
anti-oksida.
3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan
vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada
radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam
tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis
dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema
dan meningkatkan sistem imunisasi.
4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.
5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan
menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di
dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh
mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.