Sekadar nak kongsi info :)... baik jadikan renungan.....tapi jangan selalu termenung lak....
Semua orang terutamanya wanita memang inginkan badan yang
cantik, kurus dan menarik.. Bila saya buka je facebook banyak sangat
produk kurus.Pelbagai produk ada dengan tagline untuk mengempiskan perut,
membakar lemak, mengurangkan inci dan sebagainya.
Saya jadi teruja
untuk berkongsi mengenai masalah ini kerana kadang-kadang orang tidak faham
kenapa badan kita GEMUK, BERISI, OBES dan sebagainya..
Saya bukanlah diketegori seorang yang cantik, kurus dan menarik.. Saya pun ada masalah saya sendiri tetapi di sini saya hanya ingin berkongsi sahaja..
Saya bukanlah diketegori seorang yang cantik, kurus dan menarik.. Saya pun ada masalah saya sendiri tetapi di sini saya hanya ingin berkongsi sahaja..
Pelbagai cara kita buat untuk mendapatkan berat badan ideal…..
Ada yang mengadu
makan sikit je.. tapi berat badan tak nak turun asyik naik je..
Saya juga menghadapi masalah yang sama.
Saya juga menghadapi masalah yang sama.
Ketahuilah semua, apabila umur meningkat , kolagen
berkurangan. pertumbuhan sel-sel semakin lambat dan metabolisma badan semakin
perlahan.. Pembakaran lemak semakin lambat, badan mudah naik sebab lemak mula
berkumpul.
Selain itu kita juga perlu kenali apa makanan yang masuk ke dalam badan kita juga... LEMAK. KARBOHIDRAT, PROTEIN, AIR, GULA...serta apa sahaja, barulah kita tau apa yang perlu untuk badan dan apa yang tidak..
Selain itu kita juga perlu kenali apa makanan yang masuk ke dalam badan kita juga... LEMAK. KARBOHIDRAT, PROTEIN, AIR, GULA...serta apa sahaja, barulah kita tau apa yang perlu untuk badan dan apa yang tidak..
struktur
kulit yang sihat
|
Tahukah anda lemak dalam badan kita bukannya berasal daripada lemak yang kita makan sahaja. Lemak juga terjadi daripada tindakbalas makanan lain seperti KARBOHIDRAT DAN GULA..
Mungkin ramai yang tidak tahu kan.. Karbohidrat dan gula bertindakbalas di dalam badan kita bertukar menjadi lemak apabila tidak digunakan..
Nasi contohnya.. mengandungi karbohidrat dan gula. Kita hanya makan ikut keperluan badan sahaja.Tak boleh banyak kerana ia akan bertukar menjadi lemak. Lemak yang tidak digunakan akan berkumpul dalam badan dan ia tidak elok bukan sahaja untuk badan kita tetapi juga untuk organ-organ dalaman kita..
Pernah tak anda buat analisis kesihatan.. Saya pernah cuba dekat Herbalife..Bagus analisanya sebab dalam analisa tu kita bukan sahaja boleh tahu berat kita, BMI, % lemak , % air dalam badan kita.. Kita juga boleh tahu umur dalaman dan yang paling penting kita tahu lemak dalaman kita.. Daripada herbalife saya tahu lemak dalam badan kita ada 2 jenis..
Struktur
kulit yang berlemak di dalam badan kita. Boleh baca di sini kategori lemak dengan lebih lanjut iaitu
lemak bahaya..
http://4tambahan.blogspot.com/2012/07/tahukah-anda-bahawa-sebanyak-95.html Lemak dalaman ini penting kita tahu kerana lemak ini terdapat pada organ-organ dalaman seperti hati, jantung, paru-paru, hempedu dan sebagainya. Jika lemak ini meliputi organ-organ ini contohnya jantung yang mengepam darah, hati dan hempedu sebagai penapis ( filter) kita akan menjadi lemah.. Lemak inim juga di sebut kolestrol.. (LEMAK DEGIL).. Susah untuk membuang lemak ini.. Tapi semua ini sebenarnya bergantung kepada cara pemakanan kita.. Ini yang perlu kita faham.. Di sini ada beberapa panduan untuk mengurangkan berat badan. Mari kita amalkan iaitu merupakan cara pemakanan dan aktiviti yang sihat. |
1.
Elakkan makanan ringan –
Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan
bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah
mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara
makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2.
Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan
langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya
sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein
seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein
untuk badan kita.
4.
Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran
dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
5. Makan banyak
buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan
terutamanya buah-buahan seperti epal hijau,tomato, kiwi, betik, belimbing
dsb.
6.
Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan
makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai,
anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam
darah.
7.
Banyakkan minum – Latih diri
untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan
diri dari minuman soda atau bergas.
air
putih 8 gelas sehari
|
8.
Bersenam – Semua tips di
atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun
hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk
melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki
tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
jom kita bersenam....sorang2..xde semangat...
ReplyDeletejom la. set masa dan tempat. nak best kita g ke tasik ampang.. kalu nak pusing taman TAR, banyak anjing dan monyet serta seram sebab kekadang kerbau pendek pun kuar...pastu leh pekena teh tarik... hancus....
Delete