Monday, March 31, 2014

MH370 - mana hilangnya

Teks : Kak Dah Tijarah

Assalamualaikum. Dah lama x berblog. Errr berhabuk dah yer. Kita cuci sikit-sikit yer. Air tak dok ni. Selangor masih meneruskan catuan air. Tak tau la nak kata apa. Sabaq jer la. Bila ada ayaq tu, tadah banyak-banyak. Tu jer lah yang mampu buat. Dari sakit hati dok menunggu bila nak ada ayaq.

Kadang konpius gak ngan pihak syabas ni. Kata dua hari ada dua hari x dak. Tapi yang besa terjadi ialah dua hari ada ngan tekanan yang cukup rendah dan tiga hari tak ada. Buat tekanan darah tinggi jer. Hihihihihi.

Opps! Lari tajuk dah ni. Hmmm MH370. Rasanya sekarang ini, cerita mh370 ini lah yang paling fofular. Macam-macam versi cerita spekulasi ada. Yang pasti hingga ke hari ini, hampir sebulan dah berlaku. Masih tiada apa-apa penemuan mengenainya. Hanya spekulasi sahaja. The real story tak ada siapa yang dapat menceritakannya. Walau perdana menteri dah umumkan bahawa mh370 berakhir di Lautan Hindi instead of Beijing, China, saya masih menaruh harapan bahawa semua penumpang dan anak krew masih hidup dan sihat.

Pendek kata, selagi tidak bertemu apa-apa objek yang mengesahkan bahawa mh370 terhempas atau meletup atau apa saja yang berkaitan, saya percaya mereka semua masih hidup.

Monday, March 10, 2014

Misteri kehilangan MH370

Sabtu lalu pada 8/3/2014 Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan kapal terbang MAS boeing 777-200 MH370....penerbangan dari KLIA ke Beijing, China. Seramai 239 penumpang dan kru didalamnya.

Berlepas dari KLIA jam 12.41 pagi menuju Beijing dan dijangka mendarat jam 6.30 pagi. Kapal terbang ini hilang tanpa jejak selepas 2 jam berlepas. Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang ketika berada di ruang udara vietnam.

Hingga ke hari ini, sudah 3 hari, masih belum dapat apa2 petunjuk mengenainya...dan pelbagai spekulasi telah tersebar...malah ada yang mengarut dan begitu mengguris perasaan saudara mara penumpang yang terlibat.

Apa yang boleh kita buat sekarang hanya lah berdoa...moga allah mudahkan urusan kita dan di buka hijab agar dapat bertemu kembali dengan kapal terbang ini walau dalam apa bentuk sekali pun.

Ini adalah sedikit tazkirah dari group wassap yang sy kopipes ...juga sebagai peringatan kepada diri...:(

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

أصحاب استاذ حذري البنداني

TAZKIRAH HARIAN : MEMAHAMI AYAT 41-44 SURAH YASIN.

Sahabat-sahabatku, sejak kejadian Kapal Penerbangan MAS MH370 ramai yang mengaitkannya dengan ayat 41-44 Surah Yasin. Sebenarnya dari segi aspek khabariyah ayat-ayat ini ia tidak berkait langsung dengan kejadian MH370 yang hilang. Kerana ia menceritakan tetang bahtera Nabi Noh yang Sarat dengan muatan yang terdiri dari manusia dan binatang ketika berlayar meredah taufan.

Namun begitu dari segi Ibrah atau pengajaran dari ayat-ayat ini ia sememangnya ia boleh dijadikan pengajaran buat kita bila berkenderaan termasuklah pesawat MH370 itu.

Mari kita salami Firman Allah. :

وَآَيَةٌ لَهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ (41) 

Mafhum ayat : “ Dan di antara bukti kerasulannya ialah (dia mampu menceritakan) bahawa sesungguhnya Kamilah (Allah) yang telah menyelamatkan zuriat mereka yang berada di dalam bahtera yang sarat dengan  muatan itu.”

Ayat di atas menjelaskan tentang sejarah Nabi Noh a.s.  Sebelum ayat ini diturunkan, sejarah tersebut  telah banyak disulam dengan berbagai-bagai mitos atau dongeng. Dengan pertolongan wahyu yang diturunkan oleh Allah, Nabi  Muhammad s.a.w dapat menghuraikan sejarah tersebut dengan jelas dan tepat walaupun baginda seorang yang buta huruf.  Ayat yang diterimanya ini merupakan rangkaian daripada beberapa ayat lain yang mengisahkan hakikat  kehidupan dan perjuangan Nabi Noh a.s. Baginda ialah salah seorang daripada 25 orang rasul yang disebut dalam kitab-kitab  suci yang diturunkan dari langit termasuk al-Quran.

Jika kita membaca ayat ke-41 ini dengan menggunakan  kemahiran berfikir yang ada pada diri kita, kita tentu dapat mengetahui bahawa antara mesej yang hendak disampaikan oleh Allah ialah:

 

Sejarah yang dipaparkan oleh Allah dalam al-Quran merupakan salah satu sumber yang boleh dijadikan bukti tentang kebenaran Islam itu sendiri. Oleh itu kita mestilah membezakan konsep sejarah Islam dengan sejarah biasa kerana sejarah Islam mempunyai landasan yang kukuh dalam memperkatakan watak sejarahnya. Ini kerana tujuan ia dipaparkan bukan semata-mata untuk mendokumentasikan sesuatu peristiwa atau sesuatu kejadian, tetapi sebaliknya adalah untuk membina  peribadi manusia itu sendiri melalui sejarahnya.

 

Ayat ini merupakan salah satu kenyataan sejarah yang  menunjukkan bahawa Nabi Noh a.s seorang nabi dan  rasul yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang termasuk bidang kejuruteraan dan  pelayaran di samping bidang agamanya yang amat tinggi. Tujuan peristiwa itu dipaparkan semula sebagai bukti  sejarah dalam kitab suci yang terakhir ini adalah supaya  kita sedar bahawa para pendakwah tidak boleh berasa selesa dan memadai dengan ilmu setakat yang ada sahaja. Sebaliknya mereka perlu menguasai pelbagai bidang ilmu yang lain. Oleh itu mereka mestilah tidak berhenti menuntut  lmu.

 

Cabaran terhadap dakwah adalah sangat berat dan mereka yang melibatkan diri dalam gerakan dakwah tidak  dapat tidak mesti bersabar ketika menerima ujian getir  daripada Allah. Sekiranya mereka sanggup menghadapi ujian-ujian getir itu nescaya perjuangan mereka akanberjaya dan umat akan selamat.

 

Firman Allah :

 

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ ( 42 )  وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ ( 43 ) إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ ( 44 )

42. dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan Yang sama dengannya, Yang mereka dapat mengenderainya. 43. dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan Yang demikian) maka tidak ada Yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, 44. kecuali Dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

 

Dengan rahmat Allah, akhirnya bahtera Nabi Noh yang telah  mengharungi pelayaran sukar  kerana merempuh ombak dan  gelombang yang tinggi menggunung itu dapat berlabuh dengan

selamat dan dengan rahmat Allah jugalah semua yang ada di  dalamnya dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sempurna  dan seterusnya dapat pula beribadat kepada Allah tanpa sebarang  gangguan daripada orang-orang kafir kerana mereka kesemuanya telah binasa. 

 

Penutup :

 

Sebenarnya ayat ini bukan hanya ditujukan khusus kepada  mangsa tragedi taufan dan banjir di zaman Nabi Noh semata-mata. Tetapi ia ditujukan  juga kepada seluruh umat manusia sepanjang zaman. Oleh itu kita  harus ingat bahawa nasib seseorang dalam pelayaran sama ada di  laut atau di udara bukan tertakluk kepada kecanggihan kenderaan  atau pesawat yang dinaiki, sebaliknya tertakluk kepada ketentuan Allah s.w.t sebagaimana Allah mengingatkan kita pada akhir ayat dalam surah ini juga.

 

Firmannya yang bermaksud :

 

82. Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.

83. oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Sekian.. Doakan istiqomah. .
والعفو منكم