Wednesday, November 13, 2013

Awas..tekanan darah rendah!!!!






Pernahkah anda berasa cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap, pernafasan cepat dan pendek, depresi dan cepat haus?

Ini menunjukkan anda menghidap TEKANAN DARAH RENDAH .
Yer ker, macam tak caya jer, biasa dengar tekanan darah tinggi...
Memang kebiasaan orang lebih risau dan menjaga tekanan darah tinggi (hipertensi), sama bahayanya dengan hipertensi, tekanan darah rendah atau hipotensi juga merupakan penyakit yang mudah menyerang dan memberi kesan serius kepada kesihatan tubuh jika tidak dikawal dengan sebaik-baiknya.

Apa itu tekanan darah rendah (hipotensi)
~ Hipotensi adalah dimana keadaan tekanan darah yang lebih rendah daripada tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ tidak mendapat aliran darah yang cukuo dan meyebabkan timbulnya gejala hipotensi.
~ Tekanan darah seseorang adalah berbeza.
~ Ini kerana ia melibatkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan didalam salur darah.

Berapa rendah yang dikatakan 'tekanan darah rendah'
~ sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang drp 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang drpd 60 mmHg.



@ tekanan darah normal = 120/80mmHg
@tekanan darah rendah = <90/60 mmHg

Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah, tak kira sistolik atau distolik sahaja, tekanan darah anda tetap dikira rendah....



Faktor yang mempengaruhi tekanan darah?
~ Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tekanan darah seseorang rendah
  • Usia
  • aktiviti harian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Golongan yang sering mendapat tekanan darah rendah.
  • atlet
  • pengamal diet
  • wanita mengandung

CARA ATASI TEKANAN DARAH RENDAH
  1. Makan lebih garam dalam diet, tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
  2. Minum lebih banyak air terutamanys ketika cuaca panas dan anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isi padu darah dan menikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natruim dan kalium ang tinggi adalah digalakkan. (contoh : Oral Rehydration Salt, ORS)
  3. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan. Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangun duduk perlahan-lahan. Setelah itu barulah bangun berdiri. Tidur dgn keadaan kepala sedikit tinggi dari badan juga dpt membantu mengatasi kesan graviti.
  4. Makan dalam jumlah yang sedikit tepai kerap. Kurangkan karbohidrat spt kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun endadak selepas makan.
  5. Berolah raga secara teratur namun jgn berlebihan. Untuk mengganti ion tubuh yang hilang selepas berolahraga atau aktiviti aktif yang lain, minumlah campuran air gula dan garam.
  6. Sekiranya secara tiba-tiba mengalami gejala tekanan darah rendah, segeralah duduk dan beristirehat seketika. Carilah tempat yang cukup lapang bg memudahkan anda bernafas. Minumlah air hangat, akan lebih baik jika minum yang manis-manis.
sumber : majalah dara, edisi 137 Nov 13

No comments:

Post a Comment