Friday, July 05, 2013

Baru - Perkhidmatan hantar lauk mangkuk tingkat

Assalamualaikum...
Mangkuk tingkat? Nostalgia..
Baru-baru ini seorang mak kepada pelajar di tadika telah membuat bisnes penghantaran lauk mangkuk tingkat.
Wah, bersinar-sinar mata semua cikgu!.
Ada peluang tak yah penat2 balik nak masak. Asyik beli kat kedai jer pun jemu gak. Maklum.........semuanya jenis 'rajin'.
Paling best, nak keluar pergi kerja, masak nasi siap2. Pergi kerja bawa mangkuk tingkat dengan gayanya..
Nanti bila Adam datang, pass mangkuk tingkat ke mamanya.
Tengahari nak balik, mama Adam datang bawa balik mangkuk tingkat tadi yg telah siap di isi lauk menu hari itu.
Balik rumah boleh terus hidang....dan apa lagi....jemput makan?
Sebelum tu jangan lupa baca  doa makan dan basmalah.
Harga yang ditawarkan pun amat berpatutan. Untuk seorang makan hanya RM8, tanpa nasi. Kalu nak nasi sekali, RM9.50. Nampak macam lebih kurang harga makan digerai, tapi bg saya ini lebih terjamin kebersihan dan kehalalan makanan yang disediakan, kerana kenal, tahu dan percaya pengusaha ini amat menitik beratkan halalan toyyiban.
Mereka menyediakan pakej penghantaran lauk mangkuk tingkat ini ke rumah2 dan opis di kawasan  Ampang sahaja. Untuk  sebarang pertanyaan korang leh contact, Tunku Fazlinda : 019-7118817 @ Azril : 013-2023311. Atau lawat blog mereka http://hantar-lauk.blogspot.com atau korang leh like di facebook -  hantar lauk mangkuk-tingkat.
Rasanya tak rugi kalu kita mencuba sesuatu yang baru, disamping menolong peniaga melayu kita. Kebanyakan gerai/food court sekarang pun nama pemilik jer melayu, yang sedia bekerja kebanyakannya tak pasti warganegara mana?
Wah kakdah, promote habis nampak? Alah  benda baik x salah kita kongsi dan sebarkan...hah lupa cakap dorang amik tempahan catering gak. Manalah tau kot hangpa nak wat majlis buka posa sempena ramadhan nk tiba ni.....leh la cuba dorang ni lak.

No comments:

Post a Comment