Monday, July 01, 2013

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum....

Selamat Hari Bapa...
Ya Allah ketinggalannya, bese bila ya orang sambut hari bapa ni?
Tapi perlu ke ada satu hari khusus untuk meraikan bapa ni?

Bagi sayalah hari-hari adalah hari bapa dan ibu.
Dan sementara mereka masih ada di dunia ini, wajiblah kita melayan mereka dengan penuh hemah, tanpa keluh kesah, kerana kita akan merindui mereka bila mereka telah tiada.

Al Fatihah kepada arwah abah, Ramli Ali, dan Arwah FIL Mohamed Tahir Meranun.

Ini cerita Mr H. Tahun ini abah membuat kejutan kepada kami dengan memotong rumput dihalaman rumah SENDIRI, setelah saya memaksa nya ikut pergi ke kedai dan membeli sebiji mesin pemotong rumput.

Keadaan laman rumah sebelum dipotong rumputnya....


Rasanya ada la lam 3 bulan dah tak potong rumput ni...


Dengan machonya abah menunjukkan bakat yang terpendam...

Ada gaya...ada gaya

Add caption

Ini lah rupanya mesin rumput sandang yang di beli di sebuah kedai di jalan Tunku Abdul Rahman

Alahai cik abang oiiii...kalu yer pun excited...ketepikanlah dulu kain tu, nanti habis kotor!

Ini lah hasih kerja abah setelah dua hari bekerja,  lepas ni tak payah upah bangla lagi dah.

No comments:

Post a Comment