Friday, September 06, 2013

Lunch buffet promo

Hari ini perjumpaan yang kami panggil lunch meeting gossip yang pertama selepas cuti ramadhan lalu.

Pada hari ini sambil kami makan ditempat yang terpilih, kami membincang hal2 semasa (keburukkannya ialah, kadang-kadang membawa ke sessi mengumpat.....astagfirullahaladzhim). Tapi hari ini kami memang membincangkan pasal hal sekolah, soalan2 exam, mengenai anak yang akan amik peperiksaan. Hanim dengan Taufik yang akan amik UPSR minggu hadapan, Mazwin dengan Hafiz, PMR bulan hadapan dan aku, angah PMR & along SPM. Semoga Allah memudahkan anak-anak ini menjawab soalan peperiksaan.

Lokasi lunch kami kali ini ialah Restoran Istana Bambu, di Jalan Ulu Kelang. Ini kali kedua kami kesini. Pertama kali dulu sebelum ramadhan, dan pokok padi disekelilingnya sedang berbuah kuning ie musim menuai.  Tapi pada kali ini kami di hidangkan dengan pemandangan yang menghijau dengan anak2 padi yang baru ditanam.

Oh! Sungguh nostalgia. Teringat suasana kampung 30 tahun dahulu.

Overall makanan buffet kat sini, bolehlah. Tapi kalu orang yang cerewet..susah sikit nak terima kot. Selain buffet, ada juga ditawarkan ala carte...ini aku lum pernah cuba, tapi feedback yg lain kata, sedap.

Apa pun satu hari nanti korang datanglah cuba makan sendiri....

No comments:

Post a Comment