Wednesday, September 04, 2013

Pemeriksaan Kesihatan

                                              Hmmmmm dah seminggu sakit dibahagian kanan perut. Sakit lama berulang lagi. Jenuh memikiorkan apa sebabnya....rasanya sebab kes tak ada air hari itu, bila dapat whatsapp dari kawan yang prihatin (tq, Hajar), kelam kabut ambil  semua tong, baldi, dan apa saja yang boleh menakung air.

Itu pun tak angkat berat2. Cebok sikit-sikit masuk kedalam bekas lain, dan natijahnya hinga kini menanggung sakit dan ketidakselesaan di bahagian perut.....alah manja betul....nak buat macam mana...peringatan kepada diri..ini adalah ujian dan allah tak akan memberi ujian yang tak akan mampu kita tanggung.

Oleh kerana sudah seminggu sakit dan tidak menampakkan tanda akan berkurangan, dengan berat hati, hari ini melangkah lah kaki ke KK Ampang, bila sampai saja nampak pagar bertutup dan ramai orang dihadapannya....dah apa citer pulak ni....rupanya ada notis...seperti di atas..

PhotoPhotoPhoto                                                     Sebenarnya sakit ini dah lama, dan tiada keputusan yang tak elok, sebelum ini pun doktor dah sahkan tiada apa2, tapi dah terlanjur sedang sakit dan ada kelapangan pergi lah juga ke KK AU2, Taman Keramat. Siap buat pemeriksaan air kencing dan darah lagi, dan semuanya normal....kesimpulan yang doktor bagi.....macam mana nak cakap yer..dah lupa term medic dia tapi apa yang aku faham, kesakitan itu timbul bila ada pergerakan pada usus. Itu saja dan dia bagi ubat, untuk hentikan pergerakan tersebut sekaligus menghalang kesakitan....

Hmmmmm nantilah bila teruk sakit sampai tak boleh bangun baru aku makan ubat tu kot.....takat ini tahan jer la....

Hah... ini la ubat yang doktor tu bagi..

No comments:

Post a Comment