Monday, April 15, 2013

Akur janji

Bismillah..

Hari sabtu yang lalu ada Program Pemuafakatan Pelajar KRK dan KAA SMK Bukit Indah, Ampang, Selangor.

Oleh kerana telah berniat untuk aktif dalam aktiviti sekolah anak...
jadi digagahkan diri untuk menghadirinya...
Yelah...bila dah melibatkan diri (walau tak aktif) baru boleh tahu apa yang berlaku disekolah...

Objektif program ini :
  1. Meningkatkan prestasi setiap pelajar secara keseluruhannya dalam pembelajaran.
  2. Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai gred A dalam keseluruhan mata pelajaran bagi tingkatan 3.
  3. Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai Band 6 dalam keseluruhan mata pelajaran bagi tingkatan 1 & 2
  4. Meningkatkan kemenjadian dan sahsiah pelajar.
  5. Memupuk hubungan yang harmoni antara pelajar, ibu bapa dan guru dalam usaha meningkatkan kecermelangan.
Hah amik ko...

Capai gred A dalam keseluruhan mata pelajaran leh faham lagi, mai ke Band 6 .... apa tu?
Rupanya itu untuk PBS,  yang sampai sekarang ramai ibu bapa masih blur cara bagaimana dilaksanakan,  walau telah diterangkan oleh pihak Kementerian..
Maklum ....benda baru
Ok.. aku leh lupa lu bab ini  sebab Nina tak terlibat (yer ke?)
Chup chup..bukan si Nana dan Naim akan terlibat ?   OMG
Tak leh lepas dari tak amik tahu rupanya. Tapi nanti-nantilah aku fahamkan bagaimana PBS ini berfungsi.

Sambung balik citer si Nina...
 Nina pelajar KAA - Kelas Aliran Agama (cuma ada tambahan kelas bahasa arab jer - bukan apa pun)
KRK - (Kelas Rancangan Khas) ini kelas untuk stu yang pepandai... kira elit sekolahlah.
Sbb bdk2 kelas KRK tak berapa ramai jadi digabungkan lah dengan bebudak KAA.
Bebudak ini kemudian kena sign borang akur janji ( ingat para pekerja jer) ditandatangani bersama ibubapa disaksikan pengetua...boleh gitu...
Pas dah sign kena ikrar la pulak.....
Hai lah macam-macam....


Kehadiran ......hmmmm 1/3 jer kot. separuh dari kedatangan mesyuarat PIBG. Beselah tu...
Apa pun diharap budak-budak yang akan mengambil PMR tahun ini dan dah buat akur janji ini akan lebih berjaya cemerlang dan gemilang.

Chaiyok, Chaiyok, Chaiyok

No comments:

Post a Comment