Monday, April 15, 2013

NANAS oh NANAS

Bismillah...

Ada orang kata nanas, ada orang kata nenas, apapun ianya ialah PINEAPPLE
Hah nanas pun nak wat citer gak...
Saja geram, tengok pokok nenas yang sedang galak berbuah sekarang..
Betullah, tak rugi kita berbudi pada tanah....
meh layan gambar lu....

Ini pokok baru keluarkan bunga. Suka tengok, lawa, merah ditengah.

Ini yang dah berusia sebulan

Ini pulak yang dah besar sikit dalam 2 minggu, bunganya cantik, merah purple. Subhana'llah.

6 -7 minggu

 
8 - 10 minggu. Lagi 2 minggu bolehlah makan...yum..yum..yum

Tak tau baka apa nanas ni, sarawak punya kot. Buah dia besar, kuning dan manis.
Dapat dari rumah mak mertua.
Maid dia dulu rajin tanam.
Sekarang, In sha Allah akan ada 5 biji....
Biasa saya tak makan sendiri, hantar kerumah mak, rumah MIL atau bagi kepada kawan2 yang bernasib baik.. sebab buah ni terlalu besar compare kalu beli kat pasar, tak habis makan sorang...
Sharing is caring....

Meh kita tengok kegunaan dan khasiat nanas.
 (saya copy paste dari blog http://anizyn.blogspot.com. TQ kepada tuan punya blog)

Nanas sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahan masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.



Antara manfaat nanas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.

Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

No comments:

Post a Comment