Wednesday, April 03, 2013

Rahsia 8 rempah ratus
















Kayu manis
·Khasiat : Ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos dan mencegah lebihan kandungan gula dalam darah.
 Penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi,teh,sup atau bijirin.Amalkan satu sudu sehari.
 
Bonus: Dapat menghindarkan tubuh daripada kesejukan. Kayu manis dalam sajian boleh melancarkan peredaran darah dan membantu mengatasi masalah suhu badan yang rendah.


 Jintan

Khasiat : Kajian di Jerman mendapati minyak daripada jintan mengandungi carminative ( gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut.

Penyediaan : Masukkan 1 sudu serbuk jintan ke dalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan (dypepsia) campurkan jintan dengan minyak pepermin dalam ramuan.

 Bonus: Meredakan batuk – berkesan meredakan batuk dan sakit kerongkong. Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit. Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.



Lada Hitam
                                                        



 
Khasiat : Lada hitam dipercayai boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Ia juga mengandungi thermogenic yang menggalakkan kadar metabolik.
 Penyediaan: Taburkan serbuk lada hitam dalam hidangan ,sama ada hidangan steak ataupun salad.
Bonus : Mampu menyerap lebih nutrien – Piperine iaitu komponen aktif dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus. Jadi,mengambil lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat!

Jintan Putih

Kelebihan :Menurut kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80 % bakteria atau fungus dalam makanan serta mematikan kuman.

Penyediaan :Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti dan sebagai salah satu ramuan dalam sajian hidangan Mexico dan India.
 
Bonus :Mengelak strok-Kajian daripada pelajar University Of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah sekali gus memberi peluang kepada pengamalnya dari risiko terkena strok.

Cengkih

Kelebihan :Kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging.
Penyediaan :Gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.
Bonus :Melindungi gigi dan gusi.Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 atau 2 sudu cengkih dalam1 cawan teh pekat dan minum.







 SERBUK LADA MERAH:




Kelebihan : Capsaicin iaitu bahan aktif dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolik sebanyak 25%.  
Penyediaan : Untuk membakar lemak,campur 1 sudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.
 
Bonus : Melegakan sakit otot – 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam tempoh dua bulan.

HALIA

Kelebihan : Gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang.
Penyediaan : Sedia satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia. 2 sudu halia kering juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam pai,roti atau kek.
 
Bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah,kata Susan M.Lark yang mengkaji kebaikan halia kepada tubuh.




 KUNYIT

Kelebihan : Cucumin yang didapati dalam kunyit berfungsi meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet yang kaya dengan bahan cucumin boleh mengurangkan pertumbuhan beta- amyloid yang menghalang komunikasi antara sel otak.

Penyediaan : Tingkatkan daya ingatan anda dengan mencampurkan satu sudu kunyit dalam sayuran atau sebagai perisa makanan yang sesuai.Cuba dapatkan satu sudu sehari.
 
Bonus : Kandungan cucumin yang bersifat antioksida dan antiradang juga bertindak balas melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan mencampurkan 2 sudu serbuk kunyit,1 sudu jus limau dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.


SOURCE: http://ujanasihat.com/gizi/rahsia-8-rempah-ratus-popular/

No comments:

Post a Comment