Monday, April 15, 2013

Ceramah Motivasi

 Ceramah motivasi semasa program pemuafakatan pelajar KRK & KAA SMKBI

 Tajuk : Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang
Diberi oleh En Nik Syuharol Apizo bin Sapien
(Pen Pengarah Bah Komunikasi Korporat Ibu Pejabat Mara KL)

Antara isi2 ceramah
  • Fahami peranan masing-masing untuk mencapai IbuBapa cemerlang anak gemilang.
  • Untuk mencapainya perlu harungi pelbagai cabaran dan dugaan
  • Zaman sekarang penuh dengan pancaroba.
  • Ibubapa tak cemerlang anak payah nak gemilang
  • Bukan kategori sekolah penentu kejayaan tetapi kerjasama antara pibg, guru dan terutamanya student itu sendiri.
  • Sentisa muhasabah diri - buang sifat-sifat buruk sebelum mendekati anak2/suami/isteri.
  • Sifat baik disuburkan
  • Sifat buruk dibuang atau diubatkan - peranan mencari ubat terletak kepasa ibubapa dan guru
  • Sentiasa lihat kelemahan/kekurangan diri masing-masing sebab kita manusia sentiasa lupa.
  • Ingat anak2 tak dilahirkan :
  1. terus berjaya/bahagia/pandai/kaya...
  2. Kalah/mengalah/bodoh/miskin/tak berjaya...
  • Ibubapalah yang mencorak mereka.
  • TIP mengecapi nikmat
  1. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah
  2. Sentiasa menjaga hubungan dengan Rasul Allah
  3. Sentiasa menjaga hubungan dengan Ibubapa
  4. Sentiasa menjaga hubungan dengan Kawan-kawan
  5. Sentiasa menjaga disiplin
  6. Sentiasa bermaaf-maafan
  7. Terima teguran dengan hati yang terbuka
Kemudian kami disuruh memikirkan no kesukaan dari no 1 - 10           (no saya 12475)
 ~untuk suka-suka. Ianya tak salah dan tak juga betul~
  1.  Orang yang rajin
  2.  Suka mengumpat (jgn suka tuding jari keorang lain, kerana kita tak tahu lagi nasib anak kita macam mana).
  3. Taat kepada ibubapa
  4. Romantik
  5. suka menipu
  6. suka melepak
  7. penyayang
  8. sombong
  9. suka tidur
  10. orang yang suka kecemerlangan/kebahagian.
(kalau ikut no saya tu.....entah tak tau macam mana nak nilai)

INilah antara isi ceramah tersebut yang sempat saya catat.
Bajet tak hengat..
Dah lama bangat tak amik nota...
Jadi mana yang baik buat amalan, yang tak baik tu watlah sempadan...apa jenis sempadan yang korang nak korang buatlah....tembok konkrit....tembok kayu....wayar pvc.....

No comments:

Post a Comment